01 May 2010

Gaji pertama Abby

Minggu ni tiada dalam perancangan untuk pulang ke Rawang. Sementara merangka-rangka aktiviti hujung minggu, tiba-tiba Abby call, nak buat makan-makan sikit sempena gaji pertama di tampat baru. Sekali dengan Abe & Sadam. Wah, mesti meriah. So, petang Jumaat yang indah..selepas sesi makan-umpat-gossip di Medan bersama beberapa rakan sekerja, aku terus shooooot ke Bkt Sentosa.

Alhamdulillah, simpang-simpang jalan menuju ke rumah semakin jelas. Tiada lagi perang poster yang kadang2 menutup signboard. Angkara signboard, perang boleh meletus tau.

Sampai ke rumah, acara sememangnya sudah pun bermula. Langkah kanan! Terus mencapai pinggan dan NGAP! Melayan anak-anak jiran yang manja dan kawan Adik yang turut memeriahkan suasana sambil menonton Adnan Sempit. Gamat dengan gelak tawa!




Kepada Abby, semoga murah rezeki dan selamat semuanya.
















p/s: 1 Mei birthday Bella. Bergegas seisi keluarga memberi ucapan SMS.
Dapat SMS dari Bella beserta picture MMS hadiah kasut CInderella yang dia dapat sebagai hadiah dari si Fadli. Waaahh!

No comments:

Post a Comment