31 October 2008

Pasrah je..

Apa juga yang telah terjadi, yang telah tersurat adalah ketentuan oleh Yang Maha Esa untuk setiap hambanya. Hanya Dia yang mengetahui segala hikmah disebalik apa yang terjadi. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Seperit dan sepedih mana pun sesebuah kebenaran, itulah hakikat yang harus ditelan. Berserahlah padaNya…!

Aku akui apa yang terjadi! Aku belum lupa. Dan sememangnya, aku berdoa agar diberikan petunjuk olehNya. Andai inilah jawapanNya, aku pasrah.

Tetapi, jangan jadikan alasan “itu adalah ketentuan yang harus kita terima” sebagai satu jalan keluar kepada perbuatan kita.

Tak faham-faham lagi? Okey..let me explain.

Situasi 1:

Untuk menyambung titian kehidupan, seorang lelaki meragut handbag seorang wanita.
Mungkin nasib wanita itu tertulis yang hari itu dia diragut. Kerugian hampir RM1000, hilang semua dokumen penting…walaupun semua langkah berjaga-jaga telah diambil. Siapa yang mengharapkan akan diragut, kan?

Tetapi, adakah tertulis dalam takdir yang peragut itu yang dia adalah seorang peragut. Wajarkah si peragut menggunakan alasan ketentuan Ilahi menjadikan dia seorang peragut? Adakah tertulis dalam Qada’ dan Qadarnya dia seorang peragut?

Memang kita wajib beriman kepada Qada dan Qadar. No reason! Agreed! Tetapi, based on above situation, gimme an answer that related to Qada’ dan Qadar. Mengapa harus sandarkan semua sebab dan akibat kepada Qada’ dan Qadar?

Another situation.
Apabila sebuah hubungan berakhir, si lelaki mengatakan ia adalah suratan takdir. Qada’ dan Qadar. Terima dengan hati terbuka. Pasrah. Redha.
Dan si wanita akan berbisik. “ Aku terima ketentuan bahawa tiada jodoh antara kita, tetapi jawab pertanyaanku. Adakah Qada’ dan Qadar ada mengatakan bahawa kau boleh mempermainkan perasaan dan kepercayaan yang dah disandarkan? Memberi harapan dan kemudian menepisnya ketepi?”

Apabila mulut seakan ringan mengutarakan pendapat, fikir dahulu! Jangan main sedap cakap.

+ Tatkala mahu lari dari mengakui kesilapan diri, jangan mencipta alasan untuk melepaskan diri.

30 October 2008

Jamuan Raya...lagi! Last!

Jamuan Raya BSM @ ‘Amanat Pendaftar’

Tarikh kejadian: 13 Oktober 2008
Tempat kejadian: SITC


Lambat lak upload kejadian ni. Buzy sket la. Ni pun, pending publish sebab ada picture tak dapat lagi dari cameraman2 separuh mahir. Huhuhu..(Mine? Abis bateri malam tu. Tak sempat nak charge)

Dipenghujung Syawal ni, ku ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Andai masih ada dendam dihati, ampun jua yang kupohon. Dan…aku jua sedaya upaya cuba untuk menghapuskan dendam2 dihati ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih… (monolog seorang diri…[-o< )




23 October 2008

Ada cerita dalam cerita...

Malam tadi ada Jamuan Raya BSM. Tapi bukan itu yang jadi main topik aku sekarang. It is just because a phrase of word yang salah sorang member BSM aku throw out yang buat aku tersentap kejap.

Aku sendiri tak tahu camne riak muka aku time tu, cuma yang aku tahu...sebelum member lain perasan riak muka aku berubah...better I leave them! And yes, I did. Quiet far from them..

Why?

Confius sampai ke rumah and even when I try to close my eyes. Ermm...they shouldnt talk about it anymore. Or..is it just my own feeling? Misunderstanding? Is it possible...?

Think again!

Erm..

Nope! I dont think that it is just a misunderstanding anymore. It is CLEAR stated there! And all that happen recently...it make me believe that it is for REAL.

Just peeping one of my friend's blog. Title~ Kisah rumput dan orang yang kita sayang. It knocked me hardly, actually! Hurm...whatever! Warna-warni sungguh hidup kita ni kan?

Experience...moved us to the next stage of life.

21 October 2008

Jamuan Raya Kakitangan UPSI

Date: 13th October 2008
Venue : SITC, UPSI

Even jamuan start at 3.45pm, tapi aku dah kat Dewan SITC since 10am. Tolong-tolong ape yang perlu. Hiasan! Ramai gak yang turun, mostly PRESTASI team la.
Jam 1.00pm, aku, Zid & Leha naik PPQ jap, ada jamuan raya unit PPQ.
Then, kul 3pm, aku and girls BSM3 pergi la ke SITC. Budak2 ni cari port mmg pandai. Betul2 tepi meja kuew teow.Then, kat luar team satay + drinks! Erm..canteekk je. Cuma ada yang tak berapa nak cantik la..hehehe. (Told myself that, UPSI ni tak besar. Pusing2 akan jumpe jugak. Face it!) So..everything is going smooth ~ (Damn I'm shivering!)


Ni sume action lepas makan. Kuew teow + gado2 + satay!

I'm not really in mood, actually! But, still...Raya is still Raya! Have fun, Azura!


20 October 2008

Mira's wedding + Mini Reunion of Sec 19.

The Bride & Groom!

Akhirnya..Amirah's big day! Dah memang minah ni cute dari sekolah lagi, makin cantik bila dah make-up mcm ni! Dok lak sebelah aku dalam kelas, mmg la nampak sangat aku yg paling banyak cakap. Haha!

Ramai jugak yang attended the kenduri. Yang dah lama aku tak jumpe pun ada. Paling lama 7-8 tahun. Shahrul, Salbiah, Zulaikha, Marini, Naim, Faiz Kadir, Aini, Azzurra Amir, Laili Ayu, Nurzul (Huh...hampir kne marah dgn Nurzul sbb lupa nama dia, but this lady are still gorgeous..), Asmah, Akmar, Marini & Erma. Yang lain macam Diyana, Erwan, Ali, Najat, Shida, Hafiz, Izan.... erm.. ada la jumpe2 even tak selalu.

Sayangnya, Diyana terpaksa balik awal. Klo tak leh hanging lama sket..borak2. Nak bergambar pun tak sempat..huhuhu!

Mini reunion of Section 19 hottest batch!



Left: Faiz, Erma, Salbiah, Shida and me. Behind: Naim yg semakin tinggi!

Scene sebelum pelamin Mira musnah kitorang kerjakan!

Shahrul (left) & Erwan : Muka2 frust..?

Hahaha! Erwan nak payung tu as souvenir instead of kipas comel yang tuan umah bagi! Demand!!

Shahrul: My old bestfriend! 1A2...2A2...sampailah kitorg terpisah bila dia masuk 3A1 and aku stay 3A2. Then terus hilang bila Form4 dia moved to Teknik. Kdg2 pergi sekolah dgn dia..even dia gak yg temankan balik sekolah! So, takkan aku lupa la Jalan Tajak 19/4, Section 19 tu. (Mentioned this coz Ahad lepas bila aku sampai dpn umh Shahrul, aku terblur jap! Banyaknye perubahan kat Section 19 ni. Tapi, umah biru ni aku takkan lupa la!) Bila jumpe balik after 8 years, dia still sama. Cuma dah tak kurus cekeding dah. Paling best, masa aku n Fini jadi penyokong Kublai Football Team. Siap bawakkan bekal air lagi utk the whole team! Berbaloi sbb Kublai Team menang! Kelakar je bila Shahrul mentioned balik old those sweet memories back!

Me and Zulaikha!

Erwan: Sesi luahan perasaan. Tak puas hati.

Dalam kul 3, kitorang planned our own reunion Raya. First umah Naim. Selang 1 umah dgn umah Intan. Cute baby dia, semangat even baru 3 bulan. Kecoh tul klo dah berkumpul ramai2 mcm tu! Aini...dari sekolah sampai dah nak kawen, mmg sepah! Makan pun nak sepah2..siap tolak tepi je serpihan biskut tu. Klo semut umh ko Naim, itu Aini punya kerja. Belum kecoh si Najat lagi!


Kat umah Naim: Khusyuk tengok TV!

Then g umah Salbiah. Dah lama tak jumpe Pck Puteh & Mck Leha. Dorang pun hampir tak kenal aku dah! Hehehe.. Salbiah next coming big day - 21st December 08. Can't wait!

Erm..bila dah kumpul ramai2 tu, banyak la cerita & hot gossip yang kedengaran. Start by Rieny..hehehe!(Eh..eh..mana ada kite nangis? Mana ada..ayam masak merah tu pedas la! ) then bila jumpe Erwan, same stories came out! Hek'eleh...Hey..hey...aku dah tak kisah la. Itu cerita lama. Klo pun dia dah ada yang special sekarang, I'm happy for him! Peace!

Kul 5, lepas hantar Shahrul balik Sec 19, aku shoot balik ke Tmn Batu 3, sbb dah janji nak g umah Abg Enal. Erm...best buat surprise kat Abg Enal. Hahaha! Sian dia tertunggu2 kitorg turun Komuter padahal aku elok je parking selang 2-3 buah kereta dari kereta dia. Dah besar anak2 Abg Enal...cepatnyer masa berlalu!

Balik Rawang kul 7.30pm. Esok kerja!

17 October 2008

:: Back from nowhere ::

I'm back?
But since when that I'm gone?


Siapa yang perasan aku lost minggu ni? Kak Zu...

Nampak sangat ke perubahan kat aku?

Ntah. Yang penting, hari ni I'm back! Kata K.Zu. Hahaha!

Dah seminggu ni asyik ulang-alik dari office - Blok C. Baru hari ni, aku dok kat office sendiri, settlekan kerja yang banyak ni! System fraud, pending letters to be signed & sent out. Nanti kat Blok C, kne buat system gak. Planning.

Hurm...everything is back to normal. Cerita-cerita yang lepas takkan beri effect kat aku lagi. Ape pun yang jadi lepas ni, aku akan senyum je. Janji!

Hello everybody!

Miss my scream, huh! I told you before don't miss me, rite!

Okey, I'm back..again!

Opps! Sabtu ni Mira kawen. Just planning with some friend to meet at Shah Alam.

Bicara Bulan Bintang: Dia berlakon macam takde ape yang berlaku. Dia boleh..aku pun boleh!

16 October 2008

Setahun yang lepas, aku disini.


Today. A year.
16 October 2007 - 16 Oktober 2008

Pada tarikh yang sama, tahun lepas...aku lapor diri kat sini. Maknanya dah genap setahun dah aku kat sini.
Beza? Ada! Tarikh yang sama aku diberitahu dimana penempatan aku di sini. Dulu, PTK BSM. Sekarang, Latihan BSM. Confirm.

Cepatnya dah setahun aku kat sini. Tg Malim. Siapa sangka aku akhirnya balik ke kampung aku sendiri...

Dan dalam masa setahun aku disini, banyak cerita yang aku lalui. BANYAK! Nak sebut satu-satu, ambil masa! Nak sebut salah satu, aku terfikir yang mana satu nk sebut. Hahaha!

Dan pagi-pagi tadi aku diberitahu satu berita yang aku tunggu dan amat melegakan aku. Actually, someone did tell me yesterday. Then, pagi tadi, the officer nye lak bgtw. Even dia kata keputusan ni tak official (sbb belum endorsed by top lagi), at least aku tahu keputusan awal.

Alhamdulillah...lepas! I'm not hoping for A1 (mcm SPM lak) ;) tapi cukup sekadar aku tak perlu lalui situasi tu lagi. Hahaha! Aku dengar ramai yang kandas! Huhu!
Oke le..
Bulan ni banyak sangat benda nak wat! Start from re-shuffling myself into new worktasks! New team and new behaviour!
Wish me luck!

Semalam aku marah-marah....


Sebenarnya, aku sendiri tak perasan yang pagi2 semalam, aku melenting. Melenting? Itulah word yang staff aku bagi semalam. Ye ke itu melenting..! Memanglah aku cakap dalam note yang paling tinggi, tapi itu dinamakan melenting ke? Sampailah time makan kat Bilik temuduga, Weena n d gang cakap aku melenting.

And before aku tahu yang aku sedang melenting/mengamuk kat bilik aku, elok je sebelum makan sorang lagi clique aku buat aku hot. Hah! Topik yang dia utarakan tu memang aku hot. Tak pasal-pasal lak dia kne hambur dgn aku lagi. Tapi bukan salah dia pun, dia tak tahu..! Huhu. Sian ko, Mi. Sorry la...

Ada sorang kawan cakap aku ni rupanye baran. BARAN? Dulu memang aku baran, tapi rasanye sekarang dah cool sket. Rupanye, still baran itupun kne pada tempatnyer la. Ada sebab yg munasabah, sape tak hot?

Si Rempah lak cakap aku ni samseng! So, semalam aku hambur Si Rempah dalam YM gak!
Klo dengan mamat ni memang takde ampun la. Dia memang suke cari pasal!

Ex~Chimaera's 2000/2001 mesti tahu tahap baran aku camne..? Tapi itu dulu...hahaha! Diyana and Amirah je yang tak lut dengan aku. And just name another guys ~ Erwan & Ali! Mengamuk macam mana pon la, dorang still sempoi je duk sebelah aku dalam kelas.. Hahahahaha..!

Okie-dokie...
Pada yang terkena tempias amarah aku minggu ni, aku mintak maaf. Sengaja or tak sengaja! Minggu ni hectic sket...Ampun!

Tapi, klo sape yang nk try test ~ Dipersilakan!

Bicara Bulan Bintang : Ada cerita kene diperlenyapkan dari muka bumi ni, and until now, I've done my part..bit by bit. The other part, I don't know and I don't wanna know!

14 October 2008

Masa untuk pulih...Pulih dari segalanya.

Yup, sebab duka tu tak kemana. Suatu hari nanti, duka itu akan menjadi bahan tawa aku. Kalaupun bukan esok aku pulih dari semua ini, sekurang-kurangnya aku takkan terus luka dan tertipu.

Orang emas?
Biarlah ape pun gelaran orang lain padanye, I have my own point of view. Biarkan jugak hanya aku yang mempunyai pandangan yang lain daripada yang lain, sebab hanya aku yang melalui pengalaman itu, bukan orang lain. Jadi, tak salah kalau dimata orang lain, dia adalah yang terbaik!

Marah?
Kecewa?
Sedih?
Geram?

Perlahan-lahan semua tu akan terpadam, tapi bukan bermakna apabila ia terpadam, aku akan melupakan seperti hilangnya tulisan di pantai dek disapu air laut... Sampai mati pun aku akan kenang.

Balas dendam?Hurm...it's really not me!

Semanis mana dia tersenyum semalam, kelat untuk aku membalasnya. Aku jadi benci dengan setiap pandangan dan jelingan orang di sekelilingnya untuk aku. Ape lagi cerita yang berlegar antara dorang. Cukuplah! Hentikan semua bisikan-bisikan tu.

Masa akan tentukan segalanya. Kalau dia bahagia dengan setiap perbuatan dia pada aku, suatu hari dia akan mendapat balasannya. Biarlah dia bahagia sekarang...


Bicara Bulan Bintang: Ketenangan you said? Akhirnya wajah itu yang membuatkan aku berpaling jauh...

09 October 2008

Guard...ooOOOoooo Guard!

Semalam, lepas Maghrib…baru perasan handphone takde dalam handbag. Takde assumption lain selain daripada tertinggal kat ofis. Tu la..semalam balik kul 6.00ptg, itu pun lepas boss datang menjenguk and dia pon terkejut tengok ada orang lagi dalam ofis.Demi tak nak wat dia semakin teruja dengan ke-komited-an aku dok abiskan report yang tak siap2 dari b4 Raya (aisehman…), aku pun terus off PC, grab handbag and chow! Canteeek je hp aku landing kat tepi keyboard..ditinggalkan!

Since housemate aku pun ada kelas kul 8.00pm kat DK A, so sebelum hantar dorang ke sana, aku suh dorang temankan aku masuk ofis amek hp. Deal…

Dalam kul 7.45pm, kitorang keluar rumah….macam la umah jauh sangat kan…sepelaung je dari pagar UPSI.

Sampai kat Pintu Timur tu, eh..eh…guard suh aku keluarkan kad. Sah la En.Security ni tak cam muka aku..Takpe..Takpe..aku diam2 kuarkan je la kad. Terus dia amek! Pastu suh aku parking tepi! Tak sempat aku nak bgtw ape2 since belakang aku dah berderet kerete!

Part ni la yang aku hangin! Jam dah nk dekat kul 8..mmbr aku ada kelas ni! Aku kne naik ofis amek hp lagi…

Aku pun parking tepi, keluar dari kereta and terus tanya dia apesal simpan kad aku? Dia cakap pasal takde sticker! Ha’aahh..bagus la tu! Macam aku tak tahu sticker kereta dah abis!

Terjadilah bit argument depan post pengawal tu..sampailah dia keluarkan ayat ni.. “Okey la Cikgu, Cikgu boleh pergi…”

Aku terus senyum. Rasa nak ketawa guling-guling pun ada. Bukan senyum sebab dia suh aku pergi, tapi sebab En KP ni panggil aku CIKGU! Dia ingat aku student!

Dia tinggalkan aku tepi tu..dia g tengah jalan nak check motor student lak. Aku panggil dia lagi sekali..Member aku dalam kereta dah cuak tengok aku lak panggil En KP tu ketepi. Chewah! Tapi aku takkan kalah…

Aku tanya dia baik-baik..

Kenal tak saya siapa?

Dia dok tenung muka aku..terus muka dia berubah! Aku pun angkat balik kad UMPC aku. Biar dia baca lagi sekali..Tadi tak sempat kot…

Bila riak muka dia dah berubah ke 90ºC, aku simpan balik kad and….(ermm…better STOP here..) Tapi aku puas hati…!

And pagi ni, aku jumpa the same guard kat BC. Jauh lagi dia dah senyum kat aku and apologize for yesterday matter…again!

Morale of the story~ Aku bukan nak pinpoint tentang SIAPA AKU and SIAPA DIA. Point aku sekarang ialah…AKU MASIH LAGI LOOK LIKE STUDENT BEB! Hahahaha!

Yang penting kite ENJOY!

Cerita pendek sebuah kenangan!



Bukan sajak, syair pun bukan,
Cerita pendek luahan perasaan,
Buat sesiapa yang berkenaan,
Dah berhari jugak kite simpan,
Hanya tunggu masa untuk post-kan,
Baru hari ini dapat kekuatan..

Dulu kite ada sorang kawan,
Takde hujan, ribut pun bukan,
Tanpa sebab mahupun penjelasan
Kawan pergi tanpa alasan
Pergilah kawan, kite dilupakan,
Lepas bertahun kite berkawan,
Entah ape salah kite lakukan,
Tak sempat kite nak tanya soalan,
Dia pergi tanpa jawapan,

Dapat surat dari pihak atasan,
Suruh pergi ‘jalan – jalan’,
Kite pun ikut je arahan,
Klo tak ikut, nnt kene bagi surat kat Puan,
Lagipun, memang kite takde alasan,
Boleh juga sejukkan hati yang rawan,
Sebab nak lupakan sorang kawan…

Tengah seronok ‘jalan-jalan’,
Ada orang nak jadi kawan,
Entah camne dia tahu nama teman,
Satu tempat kerja pun bukan,
Dia datang lain kumpulan,
Maaf la..kite ni penyegan,
Salam dihulur, senyum kite sebagai balasan,
Dah takde ape nak dikatakan,
Senyum je la kan?

Bukan sombong atau demand,
Apatah lagi nak perasan,
Bukan kite taknak kawan,
Kite pun dah bagi alasan,
Sampaikan dia jadi baran,
Tuduh kite yang bukan-bukan,
Sampai kaitkan nama Tuhan,
Doakan kite dapat balasan..

Baliklah kite dari ‘jalan-jalan’,
Banyak memori dan kenangan,
Yang paling kite takleh lupakan,
Jatuh bedebuk sebab asyik berangan,

Tiba lagi satu hari,
Memang hari yang sangat buzy,
Buatlah amanah yang dah diberi,
Dengan harapan masalah tak pikir lagi
Kite pun kerja la dengan dedikasi
Tanpa sedikitpun kite sedari,
Jumpe kawan masa ‘jalan-jalan’ itu hari,
Barulah formal kenalkan diri,
Kenapa la tak perasan awak dulu lagi.
Tanya kite pada diri sendiri.

Dari mesyuarat ke meja makan,
Dari time-office sampailah ke lunch,
Dari rumah sampai ke medan,
Kite ~ awak jadi kawan,
Takde ape yang nak dihebohkan,
Sampailah tibe-tibe jadi perhatian,
Tempat kite jadi perbualan,
Tempat awak jadi bahan usikan,
Orang tanya kite ketawakan,
Jawab ‘No comment’, kite pun jalan,
Seriously, kite tak tahu ape nk dijawabkan,
Orang berkawan, biasalah la kan?
Sempat juga lontarkan soalan,
Mana tahu kite berkawan,
Awak jugak yang bgtau kan..?
Pada 2-3 orang teman.

Cerite ni tak abis lagi…
Sebab sekarang kite tertanya sendiri,
Ape sebenarnye dah jadi..
Tetiba kite dan awak berdiam diri,
Kite ke kanan, awak ke kiri,
Takde ketawa-ketawa lagi,
Apatah lagi ucapan ‘Selamat Pagi’,
Kite sedapkan hati sendiri,
Mungkin awak sangat buzy.

Akhirnya pada satu pagi,
Tiba-tiba terdetik di hati,
Mungkin jawapan dari Ilahi,
Sampai penghujung sudah cerita ini…
Walaupun tak dapat jawapan rasmi,
Saya belum buta lagi,
Apatah lagi pekak tuli,
Kenapa awak buat kite macam ni?
Terima kasih daun keladi,
Tempat ni tak besar..kite akan jumpe lagi!

Kenapa dulu memberi harapan,
Kalau niat hanya untuk menghancurkan?

Akhir kata untukmu kawan,
Salah silap harap dimaafkan,
Makan minum pohon dihalalkan,
Cerita pendek jadi kenangan.

Tak usah hirau diri ini,
Saya pandai bawa diri...


~ E.N.D ~