15 January 2012

Misteri kehilangan navigation bar.

Saya bukan pemblog tegar. Saya bukan expert dalam hal ehwal blog. Mungkin hanya kerana saya jiwa yang kreatif, suka mencuba dan tak puas hati selagi tak dapat apa yang dihajati..menjadikan saya agak sedikit memandai-mandai dalam hal ehwal blog memblog.

Semalam dapat 1 SMS dari seorang rakan blog. Dah lama tak dapat soalan-soalan berkaitan teknikal di dalam handfhone.

Oh, saya sungguh GAGAL kalau ingin menerangkan perihal teknikal melalui ayat SMS. 8 page pun mungkin tak dapat menerangkan cara-caranya.

Soalannya : "Ada satu line biru kat atas header blog tu hilang! Macam mana nak tekan button Sign In?

Line biru kat atas header? 3 saat seperti dalam dunia vakum....Oh! Dia maksudkan Navigation Bar @ NavBar.

Inilah 'line biru' yang dimaksudkan. NavBar.

Tanpa perlu aku bertanya lanjut "macam mana boleh hilang?", aku memang dah tau sangat kenapa navbar tu hilang.

Kau tukar layout ke?

Eh? Macam mana kau tau? Dia pulak tanya aku. Ewah2..sape expertise ni? Aku ke kau? Huahuahua..

Ok. Ini masalah aku pulak. Aku tahu macam mana line biru tu hilang. Aku juga tahu macam mana nak appearedkan kembali line itu. yang aku tak tahu sekarang ialah - MACAM MANA NAK TERANGKAN KAT DIA NI DALAM SMS???

Ah! Mungkin aku terlalu memandang rendah pada minah ni. Mungkin kalau aku sebut je kat mana coding tu, dia dah tau. So, aku try bagi hint ni:

Kau cari coding 'iframe' kat ruangan Edit HTML. Buangkan satu line coding bawah 'iframe' tu. Nanti line tu muncul balik.

OK. Aku pun senyum. Aku yakin dia dah faham.

Tapi... Erk? Apa kau cakap ni? Aku nk edit coding? Aku mana tau coding-coding ni!

Wah! Parah. Takkan aku nak mintak username dan password kau, tolong editkan pulak.

Okey, read this.

A) Selalunya navbar akan hilang sebab tukar layout. layout yang dimaksudkan adalah layout yang BUKAN DARI BLOGSPOT. Maybe kau dah terror cuba untuk upload template/layout/skin dari lain-lain website. Ya! Memang ada banyak.

Contoh beberapa carian dalam Yahoo!

[Buat freshie dalam Blogspot, boleh cuba-cuba tukar layout dalam template-template yang disediakan oleh Blogspot. Jangan nak ngada-ngada try test yang bukan-bukan dan hilang arah selepas itu :) ]

B) Bila kita upload template yang bukan dari template Blogspot, secara automatiknya (by default) coding navbar akan hilang/tiada. Jangan risau atau meroyan. Navbar itu boleh dikembalikan. Cheer!

Caranya -

1) DESIGN -- Edit HTML. Then korang akan jumpa bahasa makhluk asing yang hanya programmer yang faham.
2) Dalam banyak-banyak coding tu, cuba cari perkataan 'iframe'.

Weh! Jangan nak pi baca line-by-line untuk cari perkataan tu. Apa guna ilmu 'Ctrl+F' yang memudahkan carian? Kan...

3) Wajib jumpa. Happy? Good. Ada satu line command bawah line yang tertulis 'iframe'. Padam je tanpa rasa bersalah.

Jangan lupa SAVE TEMPLATE, boleh?


Ok. InsyaAllah line navbar tu akan muncul. Pi check!

Oh! Buat yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog, bosan dengan background putih blog anda, baby step yang perlu uols ambil ialah pakai dulu contoh-contoh template yang disediakan. nanti dah terror, baru boleh try elephant-step.

Senang je. As an illustration showed below.


Template Designer....

..and it should bring you to this page. Boleh cuba try test sampai korang puas hati, hoccay. Ingat, jangan lupa APPLY TO BLOG. Kalau tak..sia-sia je la.

Bye! Saya nak sambung menikmati cuti hujung minggu di rumah. :p


No comments:

Post a Comment