18 January 2012

Ehhh...apakah ini?

Bengkel PTM, PROSPEK & Peperiksaan Perkhidmatan.
Antara team JALUMA dan JPA.
18 hingga 20 Januari 2012.
Mines Wellness Hotel, Sri Kembangan.

Sekembali dari cuti semalam, hari ini menjalankan tugas luar kawasan (outstation) pula. Penat mental mengemas bagasi kain baju. Setiap kali outstation atau kursus luar, packing kain baju lah task paling memenatkan.

Sarapan kul 815 pagi, dalam jam 900 pagi bertolak ke Sri Kembangan. Drive sendiri. Plan : parking CikPersona di rumah Kak Ina, then naik CikVios ke hotel. So, Kak Ina jalan dulu sebab aku perlu singgah 7Eleven sebab nak beli sesuatu.

Dah banyak kali pergi rumah Kak Ina..tak pernah sesat, kali ni entah mengelamun ke apa, aku tersesat di Salak Selatan! Pusing selama 2 jam, akhirnya muncul kembali di Jalan Istana. Haishh!

Sampai ke Mines, shopping kecil-kecilan sebelum check in. Adik bellboy sangat berdedikasi menerangkan semua pasal hotel ini, namun terkedu bila kami komplen yang parking basementnya creepy. Terpaksa parking di Vallet Parking.

Sampai di bilik hotel, dia masih sibuk berceloteh. Aduh, belum pernah lagi kami menerima layanan macam ni. Belum pernah budak hotel masuk sampai ke bilik, paling-paling rajin pun sampai ke pintu bilik je. Ini siap terangkan kat mana bilik air, peti ais..bla..bla..bla..tekan 1 untuk housekeeping, tekan 8 untuk receiption...bla..bla..bla...akak berdua ni cantik la (yang ni dia kata dalam hati). :)

Bila dia keluar je lepas menerima tips, kami baru perasan. Ada sesuatu dalam bilik tu yang kami tak pernah jumpa di mana-mana bilik hotel lain sebelum ini.

Aku teka : Tempat sidai tuala or sejadah..
Kak Ina teka : Kalau ada guest yang bermalam dan bawa sekali hasil tanaman dalam pasu, bolehlah letakkan di 'benda' ni.


Ok, yang lubang tu untuk apa pulak?
Oh, mungkin kalau nak sangkut apa-apa ke? Tuala muka?

Baby chair? Tak mungkin...
Troli? Takde roda.
Tempat simpan payung? No...no way!

Kesimpulannya - kami jadikan artifak ini sebagai tempat penyangkut tuala dan sejadah.


Ok...how about tempurung kelapa ni.. ce teka..ce teka...! :p

Tada... Nak buat kat umah la....hahaha!

No comments:

Post a Comment