Disebabkan plan untuk bercuti panjang pada penghujung Disember 2011 tak menjadi, keadaan memaksa untuk membatalkan rancangan untuk bercuti panjang dan terpaksa batalkan cuti yang baru je diapply..maka hari ini adalah hari pertama dalam 2012..cuti yang berlambak tu diambil. Ya, cuti tahun lepas ada 31 hari. 15 simpan utk GCR, lagi 16 dibawa ke tahun 2012. Campur pula dengan 30 hari cuti tahunan, maka saya sangat kaya dengan cuti. Walaupun, jarang sangat ambil cuti.
Ada sedikit hal peribadi di Kuala Kubu. Kemudian dari KKB ikut jalan lama pulang ke BB. Singgah makan pagi di kedai makan mak sendiri dengan free nya, dan sempat bergelak ketawa dengan keletah Adik. Betul orang cakap, beradalah dikalangan ahli keluargamu sendiri, hilang semua duka..
Mama ajak gi AEON Jusco Rawang! Bagus, alang-alang nak jumpe En Lawyer, lepas tu boleh la shopping sekejap. Ecewah, sekejap.
11 pagi sampai 3.40 petang...sekejap je la tu kan?
Amin, bodyguard kami. Merangkap penjaga masa.
Tak boleh lebih dari 15 minit dalam sesebuah kedai.
Tak boleh lebih dari 15 minit dalam sesebuah kedai.
Tak shopping banyak pun. Nak cari hairdryer je. Then mama beli kipas. Sandwic toaster. Hampir-hampir mesin basuh dan peti ais. Oh, teruja tengok set comforter yang didakwa sales 70% sempena CNY tapi Bella telah membantutkan hasratku itu. Huhu..kalau ada Tyty, mesti Tyty takkan mengeluarkan kata-kata seperti "tak payah la, long..." atau "heishh, membazir"..tapi mesti Tyty akan tolong pilihkan set comforter yang cantik-cantik..hahaha! Nasib baik Tyty ada kelas.
Oh, Amin juga sebagai penasihat "jangan nak lama-lama pilih barang. Kipas je pun, bukan barang kemas!"
Ainol, si penglibur lara. Tukang tolak troli? Heheh!
Dan tukang ingatkan aku kat mana aku parking tadi?
Sesungguhnya cuba untuk mengambil gambar dalam JUSCO tersebut, tapi seringkali juga terlupa sebab sangat seronok berjalan dalam tu. Keadaan agak lengang sebab hari ini SELASA. Bukan Ahad. WAlaupun SALES 70%.
Ye kawan-kawan sekalian. Sales sedang berlangsung dengan rancaknya di sana sini.

Ok. Jom balik. :)
No comments:
Post a Comment