So, masa tengah berusaha pujuk diri untuk kembali tidur, terlintas satu topik. MAAF.
Dalam hidup ni, maaf adalah sesuatu yang sangat dekat. Dalam sehari, sedar atau tidak sedar, ungkapan maaf ni sebenarnya selalu kita ungkapkan. Ok, perkataan 'maaf' mungkin agak formal tapi ia seerti dengan 'sorry' juga. Bahasa yang berbeza, namun maknanya sama
Ingat lagi (bagi sesapa yang mengikuti) Maharaja Lawak Mega 2011. Salah seorang pesertanya agak popular dengan tagline "I'm sorry". Yeah, Amir Maharaja Lawak Mega. Maaf, sejujurnya dia ni lah peserta yang paling aku tak suka. Sangat tension bila dia ni masih tersenarai dalam next round. Papa selalu mengusik, "I'm sorry, Amir masih belum terkeluar". But, Bella sangat meminati Amir dan amat kecewa bila (entah pada minggu ke berapa), dia diumumkan keluar. Pada masa itu pula, aku pulak "I'm sorry...you are out". Oh..mungkin aku seorang je dalam Malaysia ni yang tak minat dia. I'm sorry pada peminat-peminat dia... :)
Hari Raya!! Of course ada sesi minta maaf di pagi hari.....! Sesi wajib seisi keluarga. Antara teman. Jiran tetangga.... ;)
Bila Mama mencuci luka Bella yang accident minggu lepas, demi untuk menahan pedih Bella mencengkam (bagai nak gila) pergelangan tangan aku. Sori Long....
Bila sedang syok-syok layan My girlfriend is Gumiho kat hall, Adik jalan tersepak aku. Eh, sori..tak perasan.
Bila Tyty tengah kalut buat assignment, aku paksa dia tengok betapa bergayanya Merlin menggayakan cara dia menggunakan magic membunuh Agravaine. Eh, sori..sori. Teruskan buat assignment, kaklong tak kaco dah. (15 minit kemudiannya, sekali lagi Tyty kena pause assignment dia sebab kne tengok betapa bergayanya Morgana pulak melayang di udara kene magic Merlin..)
Arthur minta maaf kepada Gwen pada penghujung hubungan mereka. (This part paling touching)
Susah ke ungkapan maaf? Tak kannnnnnn....
Kalau maaf boleh mendamaikan 2 negara yang berperang..alangkah!
Maaf..kerana post kali ini memang sengaja tajuknya MAAF.
________________________________________________
syg sgt kat awak....tp.... sy x leh seksa awak... tp... sy manusia biasa...sy janji pada diri sy..biar sy x bahagia..jgn biarkan org yg kita syg x bahagia... nak di telan pahit... tp kalo di takdirkan suatu masa nti kalo ade jodoh dan dapat hidup bersama lg sekali org janji akan bahagiakan kamu.......
ReplyDelete