Semasa di UPM, anak-anak ikan Baung telah memperkenalkan kami dengan anime Prince of Tennis. Disebabkan Syed dan Hafifi asyik memuja watak-watak ini tak kira waktu makan, study malah sedang shopping di Kedai Abg Ise semasa membelikan aku choki-choki pun, mereka masih terkumat-kamit menuturkan tentang anime ini.
Demi untuk memahami apa yang mereka katakan itu, kami di Kalui turut meminta untuk menonton anime ini.
Hasilnya - semua assignment tertangguh pada jam 11.59malam sebab dari kul 8.30 sampai tengah malam duk sibuk layan komputer cerita ni.
Of course watak pujaan hati yang berjaya mencuri perhatian adalah Ryoma si comel cool takde perasaan. Kak Zuna yang sepastinya mementingkan rupa paras akan memilih Tezuka sebagai pujaan hati berbanding Momoshiro atau Kakamura. Yan pasti tak dapat buat pilihan hati (sehingga sekarang) sebab dia suka semua watak lelaki berwajah cina, tinggi lampai, kurus kering tak kira kartun/anime atau in real life.
Lupa nama mereka? Here you are, revision.
Seriusly, semasa itu kami sangat hafal setiap nama sekolah dalam cerita ini. Semua teknik bermain tenis hanya dihujung bibir. Just say it.
Sejak itu, kami boleh berborak dengan rancak bila Syed dan Fifi membuka topik ini. Kami tidak lagi tercengang-cengang tak tahu hujung pangkal.
Oh. Terjumpa satu video berkenaan tenis tapi kali ini perhatian bukan terhadap si pemainnya- si Nadal. Tapi budak penjaga garisan. Eh, budak penangkap bola, kot?
Memang dia cekap menangkap bola.
Serius, kalaulah aku yang sedang duduk disitu, pasti fikiran dah merewang-rewang memikirkan benda lain such as "Sabtu ni nak shopping kat mana? Wayang terbaru apa ek?" Tak lenguh ke dia sentiasa dalam keadaan itu sepanjang perlawanan?
Dan dia boleh kembali statik ke keadaan asal selepas menangkap bola tenis itu! Bola tenis OK! Bayangkan kelajuannya! Bukan bola bowling yang golek-golek malas atas rumput.
Dan dia boleh kembali statik ke keadaan asal selepas menangkap bola tenis itu! Bola tenis OK! Bayangkan kelajuannya! Bukan bola bowling yang golek-golek malas atas rumput.
No comments:
Post a Comment