31 January 2012

Statistik blog anda

Kesihatan kembali tidak mengizinkan untuk bersuka ria bersama SINGER. Semenjak dua menjak tiga dan empat menjak...asyik demam. Tahun 2010 sangat mengagumkan sebab tak pernah demam. History!

Seorang rakan YM di jabatan lain sibuk mengintip bila masa CikBunga akan bercuti. Tapi memandangkan hari2 YM CikBunga on, maka maknanya CikBUnga masih setia di pejabat.

Tapi, dalam keadaaan sangat tidak bermaya, blog cikbunga (BCB) tak pernah dilupakan. Ah, kesian facebook. Well, i really mean it when i said 'bye-bye fb' long ago kan? :)

Salah satu function kegemaran ialah mengintip pembaca tegar BCB. Oh, relaks. Itu biasa,kan. Ibarat kita dalam satu bilik mesyuarat, kemudian terasa seperti seseorang dok merenung kita di sudut 45 darjah arah barat daya. Bila kita toleh, dia cepat-cepat memandang ke siling seolah-olah ada siling akan runtuh. Bila kita pun turut cuak dan memandang ke atas...tak de apa-apa! Rupanya dia ketawakan kita sebab..entah apa yang kelakar. You think it's funny? Oh, so sweet.... ehhhhh....KEJAP!! Dia bukan ketawakan sebab kecomelan kita. Dia ketawa sebab pengerusi dah sebut nama kita 14 kali dalam mesyuarat, tapi kita buat dek memandang siling yang cantik itu!

Oh!...................................
Nasib baik itu hanya mimpi mainan tidur!


So, let's check it out bagaimana penerimaan blog kita...dan blog anda di alam siber.



Start with full overview. Boleh lihat post apa yang menjadi tarikan. Boleh lihat dari mana mereka ni datang. Berapa kali bcb diintai...

Disini kita boleh melihat posts mana yang diintip dan ditatap. Kadang-kala, bila post 5 tahun lepas naik ke carta, kita pun jadi suspicious. Apa yang aku merepek 5 tahun (contoh) lepas yang telah diungkit kembali ni?

Dari mana agaknya mereka datang? Well, some of them 'berasal' dari pembaca blog orang lain yang kemudiannya tertarik dengan salah satu link di sana..dan akhirnya terjumpa blog anda. Dengan kata lain, blog anda bukanlah popular sangat, blog2 mereka di link di atas lagi popular, tahu? Hahaha...

Ini pula statistik yang menunjukkan 'keyword' yang membawa pembaca ke blog ini. Lega, tiada perkataan yang kurang menyenangkan dikaitkan dengan BCB. Bayangkan carian En.Google adalah 'teppayaki'...hah! pasti ada sesuatu tentang 'teppayaki' yang ada post membuatkan si pencari resepi teppayaki disarankan ke blog anda.

Eh, maksud saya carian 'teppayaki' bukanlah sesuatu yang kurang menyenangkan. Itu cuma contoh sahaja. Tak mahu la tulis perkataan yang kurang menyenangkan disini, kan?

Bila melihat carta ini ada carian 'surat tak datang sekolah untuk cikgu'..HOH! Adakah seorang pelajar tingkatan 3 yang sedang demam dan mencari-cari contoh template surat tunjuk sebab tak pergi sekolah kepada gurunya dan kemudiannya dibawa ke post merepek aku tentang surat tak rasmi kepada kengkawanku?? Maafkan saya! Serius, saya rasa bersalah. Jangan tiru. Jangan tiru..

Paling mengharukan bila carian 'chimichiky.blogspot.com' Wah..sangat panjang carian itu. Ejaan yang sangat tepat. Bukan 'chimichiki'. Actually, carian di En.Google 'chimichiky' pun sudah memadai. Try 'azura said'? hahaha! Mungkin lebih mudah.

Favourite tab. Here i can see who are my dearest audience. Mostly from Malaysia. Some of them might be my friends that have immigrate to US. Pageviews by Operating Systems - it hint me something, actually. I knew who had viewed me by Android. I knew who had viewed my BCB by iPhone. Sometimes Blackberry. But, mostly by Windows. :).


So, why don't you..NOW, look at your blog's Stats? It's must be fun.. Oh, satu lagi tips. Jangan lupa tick 'Don't track my own pageviews'. Tak aci, ok sayang!-Don't track my pageviews-

Oh ye, tahu tak Blogger ada interface baru? Interface yang BCB guna masih interface lama. Dah bertahun pakai interface ini, takut pulak canggung (canggung, huh) menggunakan yang baru. Perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan interface baru yang cute berwarna oren itu. Nantilah, CB sihat dari demam, CB cuba apply interface baru. Kita lihat apa perbezaannya dengan interface lama, hoccay?

Nite :)

No comments:

Post a Comment