11 December 2008

~The winner takes it all~

I don't wanna talk
About the things we've gone through
Though its hurting me
Now its history

Ive played all my cards
And that's what you've done too
Nothing more to say
No more ace to play

The winner takes it all
The loser standing small
Beside the victory
That's her destiny

I was in your arms
Thinking I belonged there
I figured it made sense
Building me a fence

Building me a home
Thinking I'd be strong there
But I was a fool
Playing by the rules

The Gods may throw a dice
Their minds as cold as ice
And someone way down here
Loses someone dear

The winner takes it all
The loser has to fall
It's simple and it's plain
Why should I complain.

But tell me does she kiss
Like I used to kiss you?
Does it feel the same
When she calls your name?

Somewhere deep inside
You must know I miss you
But what can I say
Rules must be obeyed

The judges will decide
The likes of me abide
Spectators of the show
Always staying low

The game is on again
A lover or a friend
A big thing or a small
The winner takes it all

I don't wanna talk
If it makes you feel sad
And I understand
You've come to shake my hand
I apologize
If it makes you feel bad
Seeing me so tense
No self-confidence

But you see
The winner takes it all

05 December 2008

During Bengkel at Penang..


Tarikh: 1 -2 Disember 2008
Venue : Bayview Beach Resort, Penang

Ntah..saja je upload moment ni. Takde cerita pun..maybe sbb dah lama tak update blog ni kot.

Oppss..erm..ntah cmne leh x bawak camera. So, scene aku merayap satu malam kat Feringghi un-captured la. Haha! Dari seluruh 'Petaling Street Penang' sampai la ke Line Clear - Kuew Teow...then ke Queensbay Mall yg sangat lengang (surpirsed!!)...naik feri yg sangat cool..huhuhu! Takpe..lain kali aku g lagi..InsyaAllah..

22 November 2008

Wanita dan Rama-Rama: Part III

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang
melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

20 November 2008

Cerita tentang BAS.







Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.Bila bas tu datang, kita tengok dan kita kata " Eee, penuhnya. Takde tempat duduk." Jadi kita pun kata pada diri sendiri, " Aku tunggu bas yang lain lah!" Kita pun biarkan bas itu berlalu dan kita tunggu bas yang lain..

Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Kita tengok bas tu dan kita akan cakap, “Eee…bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, kita pun biarkan bas buruk tu berlalu dan kita bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.



Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni kita kata, “Emmm…. takde air-cond…cuaca pulak panas. Lebih baik aku tunggu bas yg lain.”



Dan sekali lagi kita biarkan bas tu berlalu dan kita bercadang utk menanti bas yg seterusnya.



Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kita perasan yg kita pula dah terlambat rupanya. Kita mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.



Dan kemudian barulah kita sedar bahawa… kita dah naik bas yg salah. Entah ke mana halanya!!



Jadi, selama ni kita dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg kita nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber'air-cond, adakah kita dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk kita?



Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelakipun samalah) mengingini apa yg kita idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?



Sekiranya kita dapati “bas” itu tak sesuai dengan kita, apa yg perlu kita lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.



Tapi… aku pasti kita semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Kita nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg kita nanti-nantikan), kita tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak kita dan terus berlalu tinggalkan kita!



Hahahaha….

Bila ada bas yang lalu melintasi aku macam tu, apa yang aku lakukan ialah BERJALAN!



Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali kita kejar, kita akan terjatuh dan menyakiti diri kita sendiri. What for..?



Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada kita nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri kita.



Dan bila kita berjalan, kita sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta !!..



Erm..aku pernah biarkan bas pergi sebab alasan-alasan seperti diatas. Pernah juga tersalah naik bas. Dan pernah juga bas tak berhenti tatkala aku tahan. Hahahaha..



Sekarang? Aku taknak fikir tentang menunggu bas. Aku lebih suka berjalan…sekadar melihat bas yang lalu..tanpa aku terfikir untuk menahan…!



Aku dan Rama-Rama (Part II)

Rama-rama lagi? (Hahahaha)



Pernah tengok metamorfosis rama-rama? Bagaimana ia dari kepompong menjadi seekor rama-rama yang indah?
Malam tadi ‘seseorang’ mengajar aku sesuatu yang boleh mengaitkan kehidupan ini dengan peringkat perubahan si rama-rama dari kepompong.





Hidup kita sebelum ini adal
ah ibarat berada di dalam kepompong. Selamat, nyaman, aman dan terlindung. Kemudian, kita dianugerahkan sepasang sayap yang cantik. Anggap sahaja sayap itu adalah kelebihan dan kekurangan diri. Kita akan keluar dari kepompong itu dan cuba meneroka dunia luar dengan sepasang sayap itu. Sepasang sayap itu adalah keyakinan, ilmu, iman….dan apa sahaja yang menjadi bekalan untuk kita terbang jauh.



Mungkin sahaja kita akan diuji dengan tamparan angin yang menggila dan kita terhempas dipukul angin itu. Atau kita berdepan dengan ancaman-ancaman lain yang membuatkan kita ketakutan, sedih….terbang lari ke sana sini.




Aku ibaratkan diriku seperti rama-rama itu.



Terfikir seketika ‘ Alangkah baiknya aku kembali ke kepompongku. Disana aku terlindung. Selamat. Aman…”




Tapi sampai bila harus aku berlindung dalam kepompongku?

Sampai bila aku harus takut berdepan dengan tiupan angin dan bahaya?



‘Seseorang’ itu membiarkan aku berfikir panjang malam tadi sampaikan aku terlepas waktu tidur. Plus, kepala berdenyut macam nak pecah! Uphamol 650 rupanya tak cukup kuat untuk membunuh rasa sakit kepala aku! Huh! Nak telan 2 biji, teringat pesan En.Helmi…. “Jangan!” Hahaha!



Terima kasih rama-rama!



(Ada lagi Aku dan Rama-Rama:Part III. Khas untuk wanita.... Tunggu...!)

14 November 2008

Out from nowhere...

Dah lama tak tulis blog ni. Erm..masuk Nov ni, aku busy sangat. Settlekan last pending PTK's matter and planning next coming Training and new system.

Lots of thing happen lately.
But, what is more important, I'm healed. Alhamdulillah..
Still hearing some gossiping behind my back, but I discovered that I'm laughing at it. Call me heartless...but if it is the best way, yes I am! I'm tired of these game. I don't give a damn..anymore!

Well..
To express my feeling...try this link.
It show how TIRED I am...

03 November 2008

Ini cerita aku dan si rama-rama


Setiap dari kita mengejar si rama – rama yang bebas terbang ke sana dan ke sini. Kita pula tidak pernah letih mencari si rama-rama. Mengejar tanpa pernah mengenal putus asa. Si rama – rama pula tidak semudah yang disangka akan menyerah kalah dan tunduk pada kita. Pernahkah?

Aku juga pernah mengejar si rama-rama. Ia hinggap di bahuku dan tatkala aku ingin menyentuhnya, ia terbang. Terpesona dengan keindahan warna si rama-rama, membuatkan aku terus mengejarnya. Tanpa mengenal penat, lelah dan keperitan yang harus kulalui sepanjang laluan yang kutempuh.

Si rama-rama?
Ia terus terbang. Kadang-kala, ia hinggap melepas lelah, barangkali. Aku dekati dan ia terbang semula. Aku masih tersenyum dan mengejarnya. Kerana apa? Aku bagaikan terpukau dengan si rama-rama hinggakan aku langsung tidak hiraukan luka duri sembilu yang menusuh kakiku....! Lupa akan keperitan lalang disepanjang laluanku...!

Sekian lama aku mengejar, akhirnya aku tersedar!

Si rama-rama yang aku kejar akan terus terbang. Bila aku melihat sekeliling... Aku hilang arah. Dimana aku? Bagaimana aku berada sejauh ini? Seakan tidak percaya bagaimana kaki ini bisa membawa aku sehingga sejauh ini. Dimana rama-rama yang kukejar tadi? Bila aku dongak kembali.......rama-rama itu sememangnya telah lenyap!

Aku menangis kerana kehilangan si rama-rama yang kukejar, yang ku idam. Aku menangis kerana aku tidak tahu dimana aku berada ketika itu. Apa salahku? Aku hanya ingin melihat keindahannya dari dekat. Mengapa ia mesti terbang menjauh dan hilang di depan mataku? Mengapa ia harus muncul di depan mataku jika hanya untuk melihatku mengejarnya...?

Kini ku sedar!
Dan kini aku berhenti mengejar si rama-rama. Aku tidak mahu hilang arah lagi semata-mata hanya kerana seekor rama-rama. Biarkan ia terbang. Siapa tahu, dalam waktu yang tak terduga, ia akan lelah terbang dan hinggap dibahuku…? Mungkin juga si rama-rama yang ku kejar dahulu bukan rama-rama yang diperuntukkan untukku.

31 October 2008

Pasrah je..

Apa juga yang telah terjadi, yang telah tersurat adalah ketentuan oleh Yang Maha Esa untuk setiap hambanya. Hanya Dia yang mengetahui segala hikmah disebalik apa yang terjadi. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Seperit dan sepedih mana pun sesebuah kebenaran, itulah hakikat yang harus ditelan. Berserahlah padaNya…!

Aku akui apa yang terjadi! Aku belum lupa. Dan sememangnya, aku berdoa agar diberikan petunjuk olehNya. Andai inilah jawapanNya, aku pasrah.

Tetapi, jangan jadikan alasan “itu adalah ketentuan yang harus kita terima” sebagai satu jalan keluar kepada perbuatan kita.

Tak faham-faham lagi? Okey..let me explain.

Situasi 1:

Untuk menyambung titian kehidupan, seorang lelaki meragut handbag seorang wanita.
Mungkin nasib wanita itu tertulis yang hari itu dia diragut. Kerugian hampir RM1000, hilang semua dokumen penting…walaupun semua langkah berjaga-jaga telah diambil. Siapa yang mengharapkan akan diragut, kan?

Tetapi, adakah tertulis dalam takdir yang peragut itu yang dia adalah seorang peragut. Wajarkah si peragut menggunakan alasan ketentuan Ilahi menjadikan dia seorang peragut? Adakah tertulis dalam Qada’ dan Qadarnya dia seorang peragut?

Memang kita wajib beriman kepada Qada dan Qadar. No reason! Agreed! Tetapi, based on above situation, gimme an answer that related to Qada’ dan Qadar. Mengapa harus sandarkan semua sebab dan akibat kepada Qada’ dan Qadar?

Another situation.
Apabila sebuah hubungan berakhir, si lelaki mengatakan ia adalah suratan takdir. Qada’ dan Qadar. Terima dengan hati terbuka. Pasrah. Redha.
Dan si wanita akan berbisik. “ Aku terima ketentuan bahawa tiada jodoh antara kita, tetapi jawab pertanyaanku. Adakah Qada’ dan Qadar ada mengatakan bahawa kau boleh mempermainkan perasaan dan kepercayaan yang dah disandarkan? Memberi harapan dan kemudian menepisnya ketepi?”

Apabila mulut seakan ringan mengutarakan pendapat, fikir dahulu! Jangan main sedap cakap.

+ Tatkala mahu lari dari mengakui kesilapan diri, jangan mencipta alasan untuk melepaskan diri.

30 October 2008

Jamuan Raya...lagi! Last!

Jamuan Raya BSM @ ‘Amanat Pendaftar’

Tarikh kejadian: 13 Oktober 2008
Tempat kejadian: SITC


Lambat lak upload kejadian ni. Buzy sket la. Ni pun, pending publish sebab ada picture tak dapat lagi dari cameraman2 separuh mahir. Huhuhu..(Mine? Abis bateri malam tu. Tak sempat nak charge)

Dipenghujung Syawal ni, ku ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Andai masih ada dendam dihati, ampun jua yang kupohon. Dan…aku jua sedaya upaya cuba untuk menghapuskan dendam2 dihati ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih… (monolog seorang diri…[-o< )




23 October 2008

Ada cerita dalam cerita...

Malam tadi ada Jamuan Raya BSM. Tapi bukan itu yang jadi main topik aku sekarang. It is just because a phrase of word yang salah sorang member BSM aku throw out yang buat aku tersentap kejap.

Aku sendiri tak tahu camne riak muka aku time tu, cuma yang aku tahu...sebelum member lain perasan riak muka aku berubah...better I leave them! And yes, I did. Quiet far from them..

Why?

Confius sampai ke rumah and even when I try to close my eyes. Ermm...they shouldnt talk about it anymore. Or..is it just my own feeling? Misunderstanding? Is it possible...?

Think again!

Erm..

Nope! I dont think that it is just a misunderstanding anymore. It is CLEAR stated there! And all that happen recently...it make me believe that it is for REAL.

Just peeping one of my friend's blog. Title~ Kisah rumput dan orang yang kita sayang. It knocked me hardly, actually! Hurm...whatever! Warna-warni sungguh hidup kita ni kan?

Experience...moved us to the next stage of life.

21 October 2008

Jamuan Raya Kakitangan UPSI

Date: 13th October 2008
Venue : SITC, UPSI

Even jamuan start at 3.45pm, tapi aku dah kat Dewan SITC since 10am. Tolong-tolong ape yang perlu. Hiasan! Ramai gak yang turun, mostly PRESTASI team la.
Jam 1.00pm, aku, Zid & Leha naik PPQ jap, ada jamuan raya unit PPQ.
Then, kul 3pm, aku and girls BSM3 pergi la ke SITC. Budak2 ni cari port mmg pandai. Betul2 tepi meja kuew teow.Then, kat luar team satay + drinks! Erm..canteekk je. Cuma ada yang tak berapa nak cantik la..hehehe. (Told myself that, UPSI ni tak besar. Pusing2 akan jumpe jugak. Face it!) So..everything is going smooth ~ (Damn I'm shivering!)


Ni sume action lepas makan. Kuew teow + gado2 + satay!

I'm not really in mood, actually! But, still...Raya is still Raya! Have fun, Azura!


20 October 2008

Mira's wedding + Mini Reunion of Sec 19.

The Bride & Groom!

Akhirnya..Amirah's big day! Dah memang minah ni cute dari sekolah lagi, makin cantik bila dah make-up mcm ni! Dok lak sebelah aku dalam kelas, mmg la nampak sangat aku yg paling banyak cakap. Haha!

Ramai jugak yang attended the kenduri. Yang dah lama aku tak jumpe pun ada. Paling lama 7-8 tahun. Shahrul, Salbiah, Zulaikha, Marini, Naim, Faiz Kadir, Aini, Azzurra Amir, Laili Ayu, Nurzul (Huh...hampir kne marah dgn Nurzul sbb lupa nama dia, but this lady are still gorgeous..), Asmah, Akmar, Marini & Erma. Yang lain macam Diyana, Erwan, Ali, Najat, Shida, Hafiz, Izan.... erm.. ada la jumpe2 even tak selalu.

Sayangnya, Diyana terpaksa balik awal. Klo tak leh hanging lama sket..borak2. Nak bergambar pun tak sempat..huhuhu!

Mini reunion of Section 19 hottest batch!



Left: Faiz, Erma, Salbiah, Shida and me. Behind: Naim yg semakin tinggi!

Scene sebelum pelamin Mira musnah kitorang kerjakan!

Shahrul (left) & Erwan : Muka2 frust..?

Hahaha! Erwan nak payung tu as souvenir instead of kipas comel yang tuan umah bagi! Demand!!

Shahrul: My old bestfriend! 1A2...2A2...sampailah kitorg terpisah bila dia masuk 3A1 and aku stay 3A2. Then terus hilang bila Form4 dia moved to Teknik. Kdg2 pergi sekolah dgn dia..even dia gak yg temankan balik sekolah! So, takkan aku lupa la Jalan Tajak 19/4, Section 19 tu. (Mentioned this coz Ahad lepas bila aku sampai dpn umh Shahrul, aku terblur jap! Banyaknye perubahan kat Section 19 ni. Tapi, umah biru ni aku takkan lupa la!) Bila jumpe balik after 8 years, dia still sama. Cuma dah tak kurus cekeding dah. Paling best, masa aku n Fini jadi penyokong Kublai Football Team. Siap bawakkan bekal air lagi utk the whole team! Berbaloi sbb Kublai Team menang! Kelakar je bila Shahrul mentioned balik old those sweet memories back!

Me and Zulaikha!

Erwan: Sesi luahan perasaan. Tak puas hati.

Dalam kul 3, kitorang planned our own reunion Raya. First umah Naim. Selang 1 umah dgn umah Intan. Cute baby dia, semangat even baru 3 bulan. Kecoh tul klo dah berkumpul ramai2 mcm tu! Aini...dari sekolah sampai dah nak kawen, mmg sepah! Makan pun nak sepah2..siap tolak tepi je serpihan biskut tu. Klo semut umh ko Naim, itu Aini punya kerja. Belum kecoh si Najat lagi!


Kat umah Naim: Khusyuk tengok TV!

Then g umah Salbiah. Dah lama tak jumpe Pck Puteh & Mck Leha. Dorang pun hampir tak kenal aku dah! Hehehe.. Salbiah next coming big day - 21st December 08. Can't wait!

Erm..bila dah kumpul ramai2 tu, banyak la cerita & hot gossip yang kedengaran. Start by Rieny..hehehe!(Eh..eh..mana ada kite nangis? Mana ada..ayam masak merah tu pedas la! ) then bila jumpe Erwan, same stories came out! Hek'eleh...Hey..hey...aku dah tak kisah la. Itu cerita lama. Klo pun dia dah ada yang special sekarang, I'm happy for him! Peace!

Kul 5, lepas hantar Shahrul balik Sec 19, aku shoot balik ke Tmn Batu 3, sbb dah janji nak g umah Abg Enal. Erm...best buat surprise kat Abg Enal. Hahaha! Sian dia tertunggu2 kitorg turun Komuter padahal aku elok je parking selang 2-3 buah kereta dari kereta dia. Dah besar anak2 Abg Enal...cepatnyer masa berlalu!

Balik Rawang kul 7.30pm. Esok kerja!

17 October 2008

:: Back from nowhere ::

I'm back?
But since when that I'm gone?


Siapa yang perasan aku lost minggu ni? Kak Zu...

Nampak sangat ke perubahan kat aku?

Ntah. Yang penting, hari ni I'm back! Kata K.Zu. Hahaha!

Dah seminggu ni asyik ulang-alik dari office - Blok C. Baru hari ni, aku dok kat office sendiri, settlekan kerja yang banyak ni! System fraud, pending letters to be signed & sent out. Nanti kat Blok C, kne buat system gak. Planning.

Hurm...everything is back to normal. Cerita-cerita yang lepas takkan beri effect kat aku lagi. Ape pun yang jadi lepas ni, aku akan senyum je. Janji!

Hello everybody!

Miss my scream, huh! I told you before don't miss me, rite!

Okey, I'm back..again!

Opps! Sabtu ni Mira kawen. Just planning with some friend to meet at Shah Alam.

Bicara Bulan Bintang: Dia berlakon macam takde ape yang berlaku. Dia boleh..aku pun boleh!

16 October 2008

Setahun yang lepas, aku disini.


Today. A year.
16 October 2007 - 16 Oktober 2008

Pada tarikh yang sama, tahun lepas...aku lapor diri kat sini. Maknanya dah genap setahun dah aku kat sini.
Beza? Ada! Tarikh yang sama aku diberitahu dimana penempatan aku di sini. Dulu, PTK BSM. Sekarang, Latihan BSM. Confirm.

Cepatnya dah setahun aku kat sini. Tg Malim. Siapa sangka aku akhirnya balik ke kampung aku sendiri...

Dan dalam masa setahun aku disini, banyak cerita yang aku lalui. BANYAK! Nak sebut satu-satu, ambil masa! Nak sebut salah satu, aku terfikir yang mana satu nk sebut. Hahaha!

Dan pagi-pagi tadi aku diberitahu satu berita yang aku tunggu dan amat melegakan aku. Actually, someone did tell me yesterday. Then, pagi tadi, the officer nye lak bgtw. Even dia kata keputusan ni tak official (sbb belum endorsed by top lagi), at least aku tahu keputusan awal.

Alhamdulillah...lepas! I'm not hoping for A1 (mcm SPM lak) ;) tapi cukup sekadar aku tak perlu lalui situasi tu lagi. Hahaha! Aku dengar ramai yang kandas! Huhu!
Oke le..
Bulan ni banyak sangat benda nak wat! Start from re-shuffling myself into new worktasks! New team and new behaviour!
Wish me luck!

Semalam aku marah-marah....


Sebenarnya, aku sendiri tak perasan yang pagi2 semalam, aku melenting. Melenting? Itulah word yang staff aku bagi semalam. Ye ke itu melenting..! Memanglah aku cakap dalam note yang paling tinggi, tapi itu dinamakan melenting ke? Sampailah time makan kat Bilik temuduga, Weena n d gang cakap aku melenting.

And before aku tahu yang aku sedang melenting/mengamuk kat bilik aku, elok je sebelum makan sorang lagi clique aku buat aku hot. Hah! Topik yang dia utarakan tu memang aku hot. Tak pasal-pasal lak dia kne hambur dgn aku lagi. Tapi bukan salah dia pun, dia tak tahu..! Huhu. Sian ko, Mi. Sorry la...

Ada sorang kawan cakap aku ni rupanye baran. BARAN? Dulu memang aku baran, tapi rasanye sekarang dah cool sket. Rupanye, still baran itupun kne pada tempatnyer la. Ada sebab yg munasabah, sape tak hot?

Si Rempah lak cakap aku ni samseng! So, semalam aku hambur Si Rempah dalam YM gak!
Klo dengan mamat ni memang takde ampun la. Dia memang suke cari pasal!

Ex~Chimaera's 2000/2001 mesti tahu tahap baran aku camne..? Tapi itu dulu...hahaha! Diyana and Amirah je yang tak lut dengan aku. And just name another guys ~ Erwan & Ali! Mengamuk macam mana pon la, dorang still sempoi je duk sebelah aku dalam kelas.. Hahahahaha..!

Okie-dokie...
Pada yang terkena tempias amarah aku minggu ni, aku mintak maaf. Sengaja or tak sengaja! Minggu ni hectic sket...Ampun!

Tapi, klo sape yang nk try test ~ Dipersilakan!

Bicara Bulan Bintang : Ada cerita kene diperlenyapkan dari muka bumi ni, and until now, I've done my part..bit by bit. The other part, I don't know and I don't wanna know!

14 October 2008

Masa untuk pulih...Pulih dari segalanya.

Yup, sebab duka tu tak kemana. Suatu hari nanti, duka itu akan menjadi bahan tawa aku. Kalaupun bukan esok aku pulih dari semua ini, sekurang-kurangnya aku takkan terus luka dan tertipu.

Orang emas?
Biarlah ape pun gelaran orang lain padanye, I have my own point of view. Biarkan jugak hanya aku yang mempunyai pandangan yang lain daripada yang lain, sebab hanya aku yang melalui pengalaman itu, bukan orang lain. Jadi, tak salah kalau dimata orang lain, dia adalah yang terbaik!

Marah?
Kecewa?
Sedih?
Geram?

Perlahan-lahan semua tu akan terpadam, tapi bukan bermakna apabila ia terpadam, aku akan melupakan seperti hilangnya tulisan di pantai dek disapu air laut... Sampai mati pun aku akan kenang.

Balas dendam?Hurm...it's really not me!

Semanis mana dia tersenyum semalam, kelat untuk aku membalasnya. Aku jadi benci dengan setiap pandangan dan jelingan orang di sekelilingnya untuk aku. Ape lagi cerita yang berlegar antara dorang. Cukuplah! Hentikan semua bisikan-bisikan tu.

Masa akan tentukan segalanya. Kalau dia bahagia dengan setiap perbuatan dia pada aku, suatu hari dia akan mendapat balasannya. Biarlah dia bahagia sekarang...


Bicara Bulan Bintang: Ketenangan you said? Akhirnya wajah itu yang membuatkan aku berpaling jauh...

09 October 2008

Guard...ooOOOoooo Guard!

Semalam, lepas Maghrib…baru perasan handphone takde dalam handbag. Takde assumption lain selain daripada tertinggal kat ofis. Tu la..semalam balik kul 6.00ptg, itu pun lepas boss datang menjenguk and dia pon terkejut tengok ada orang lagi dalam ofis.Demi tak nak wat dia semakin teruja dengan ke-komited-an aku dok abiskan report yang tak siap2 dari b4 Raya (aisehman…), aku pun terus off PC, grab handbag and chow! Canteeek je hp aku landing kat tepi keyboard..ditinggalkan!

Since housemate aku pun ada kelas kul 8.00pm kat DK A, so sebelum hantar dorang ke sana, aku suh dorang temankan aku masuk ofis amek hp. Deal…

Dalam kul 7.45pm, kitorang keluar rumah….macam la umah jauh sangat kan…sepelaung je dari pagar UPSI.

Sampai kat Pintu Timur tu, eh..eh…guard suh aku keluarkan kad. Sah la En.Security ni tak cam muka aku..Takpe..Takpe..aku diam2 kuarkan je la kad. Terus dia amek! Pastu suh aku parking tepi! Tak sempat aku nak bgtw ape2 since belakang aku dah berderet kerete!

Part ni la yang aku hangin! Jam dah nk dekat kul 8..mmbr aku ada kelas ni! Aku kne naik ofis amek hp lagi…

Aku pun parking tepi, keluar dari kereta and terus tanya dia apesal simpan kad aku? Dia cakap pasal takde sticker! Ha’aahh..bagus la tu! Macam aku tak tahu sticker kereta dah abis!

Terjadilah bit argument depan post pengawal tu..sampailah dia keluarkan ayat ni.. “Okey la Cikgu, Cikgu boleh pergi…”

Aku terus senyum. Rasa nak ketawa guling-guling pun ada. Bukan senyum sebab dia suh aku pergi, tapi sebab En KP ni panggil aku CIKGU! Dia ingat aku student!

Dia tinggalkan aku tepi tu..dia g tengah jalan nak check motor student lak. Aku panggil dia lagi sekali..Member aku dalam kereta dah cuak tengok aku lak panggil En KP tu ketepi. Chewah! Tapi aku takkan kalah…

Aku tanya dia baik-baik..

Kenal tak saya siapa?

Dia dok tenung muka aku..terus muka dia berubah! Aku pun angkat balik kad UMPC aku. Biar dia baca lagi sekali..Tadi tak sempat kot…

Bila riak muka dia dah berubah ke 90ºC, aku simpan balik kad and….(ermm…better STOP here..) Tapi aku puas hati…!

And pagi ni, aku jumpa the same guard kat BC. Jauh lagi dia dah senyum kat aku and apologize for yesterday matter…again!

Morale of the story~ Aku bukan nak pinpoint tentang SIAPA AKU and SIAPA DIA. Point aku sekarang ialah…AKU MASIH LAGI LOOK LIKE STUDENT BEB! Hahahaha!

Yang penting kite ENJOY!

Cerita pendek sebuah kenangan!



Bukan sajak, syair pun bukan,
Cerita pendek luahan perasaan,
Buat sesiapa yang berkenaan,
Dah berhari jugak kite simpan,
Hanya tunggu masa untuk post-kan,
Baru hari ini dapat kekuatan..

Dulu kite ada sorang kawan,
Takde hujan, ribut pun bukan,
Tanpa sebab mahupun penjelasan
Kawan pergi tanpa alasan
Pergilah kawan, kite dilupakan,
Lepas bertahun kite berkawan,
Entah ape salah kite lakukan,
Tak sempat kite nak tanya soalan,
Dia pergi tanpa jawapan,

Dapat surat dari pihak atasan,
Suruh pergi ‘jalan – jalan’,
Kite pun ikut je arahan,
Klo tak ikut, nnt kene bagi surat kat Puan,
Lagipun, memang kite takde alasan,
Boleh juga sejukkan hati yang rawan,
Sebab nak lupakan sorang kawan…

Tengah seronok ‘jalan-jalan’,
Ada orang nak jadi kawan,
Entah camne dia tahu nama teman,
Satu tempat kerja pun bukan,
Dia datang lain kumpulan,
Maaf la..kite ni penyegan,
Salam dihulur, senyum kite sebagai balasan,
Dah takde ape nak dikatakan,
Senyum je la kan?

Bukan sombong atau demand,
Apatah lagi nak perasan,
Bukan kite taknak kawan,
Kite pun dah bagi alasan,
Sampaikan dia jadi baran,
Tuduh kite yang bukan-bukan,
Sampai kaitkan nama Tuhan,
Doakan kite dapat balasan..

Baliklah kite dari ‘jalan-jalan’,
Banyak memori dan kenangan,
Yang paling kite takleh lupakan,
Jatuh bedebuk sebab asyik berangan,

Tiba lagi satu hari,
Memang hari yang sangat buzy,
Buatlah amanah yang dah diberi,
Dengan harapan masalah tak pikir lagi
Kite pun kerja la dengan dedikasi
Tanpa sedikitpun kite sedari,
Jumpe kawan masa ‘jalan-jalan’ itu hari,
Barulah formal kenalkan diri,
Kenapa la tak perasan awak dulu lagi.
Tanya kite pada diri sendiri.

Dari mesyuarat ke meja makan,
Dari time-office sampailah ke lunch,
Dari rumah sampai ke medan,
Kite ~ awak jadi kawan,
Takde ape yang nak dihebohkan,
Sampailah tibe-tibe jadi perhatian,
Tempat kite jadi perbualan,
Tempat awak jadi bahan usikan,
Orang tanya kite ketawakan,
Jawab ‘No comment’, kite pun jalan,
Seriously, kite tak tahu ape nk dijawabkan,
Orang berkawan, biasalah la kan?
Sempat juga lontarkan soalan,
Mana tahu kite berkawan,
Awak jugak yang bgtau kan..?
Pada 2-3 orang teman.

Cerite ni tak abis lagi…
Sebab sekarang kite tertanya sendiri,
Ape sebenarnye dah jadi..
Tetiba kite dan awak berdiam diri,
Kite ke kanan, awak ke kiri,
Takde ketawa-ketawa lagi,
Apatah lagi ucapan ‘Selamat Pagi’,
Kite sedapkan hati sendiri,
Mungkin awak sangat buzy.

Akhirnya pada satu pagi,
Tiba-tiba terdetik di hati,
Mungkin jawapan dari Ilahi,
Sampai penghujung sudah cerita ini…
Walaupun tak dapat jawapan rasmi,
Saya belum buta lagi,
Apatah lagi pekak tuli,
Kenapa awak buat kite macam ni?
Terima kasih daun keladi,
Tempat ni tak besar..kite akan jumpe lagi!

Kenapa dulu memberi harapan,
Kalau niat hanya untuk menghancurkan?

Akhir kata untukmu kawan,
Salah silap harap dimaafkan,
Makan minum pohon dihalalkan,
Cerita pendek jadi kenangan.

Tak usah hirau diri ini,
Saya pandai bawa diri...


~ E.N.D ~

17 September 2008

Preparation for Raya

Lagi 2minggu je nak Raya. Preparation? For me..semuanye macam biasa je. Setakat prepare baju je..normal lah kan? Every year mcm tu. Kuih pun..mcm biasa gak.

so..apa yang luar biasa nye?

Actually…ada gak yang unusual than last year. Family aku beriya2 plak..(rasanya!). Tahun - tahun lepas takde la aku terasa sangat nk Raya, just macam biasa. Tunggu Raya.. Tahun ni, semua happy semacam! Bukanlah aku tak suka..tapi macam….(kdg2 sampai termenung la tengok gelagat dorang..esp Aty yang kalut sebab Nazri nak datang umah! Hahaha!) - Klo la dia baca blog ni….!

Selalunya buat kuih at least 5 hari sebelum..tapi ni..baru seminggu puasa Mama dah sibuk buat kuih! Since aku balik Jumaat je, so malam2 lain..Mama & Aty je la. Bella balik kerja kul 10..dia tolong tengok je la + nyibuk tya itu ini!

Cuti Nuzul Quran, shopping! Yang girls just grab T-shirt biasa je since dorang nye barang-barang dah beli awal..yang guys ni (termasuklah Papa!) yang susah bebenor nak cari! Takde saiz la..cutting tak menarik la. Yang peliknye..jeans je pun! Tapi sampai aku dah terduduk kepenatan tgu Amin & Adik kat fitting room!

Agenda malam - Papa, Amin & Adik tak sabar-sabar dah nk pasang lampu lip-lap kat porch! ( Hello…last time kitorang ada lampu lip-lap ni ada la dlm 6-7 tahun lepas, kat Shah Alam!) Rasanye tak terkejut kot..klo Papa tetiba plan nak pasang lampu minyak tanah lak kat pagar umah!

Okey…what’s next?

Sesi buat kuih:

*Aty beriya2 sbb Nazri nak datang umah. Huahuahua! (Aty..klo Aty bc comment ni..jgn marah ye!)..*

Sesi memasang lampu lip-lap!

*Amin lak sebab Farah nk datang kot. Beriya nye sampai suh Papa cat umah! Adik - Nafisa la kot!

Bella...Bella...

Bella...Bella...

Yang Si Bella ni plak…Mama & Papa dah pening bila dia wat statement macam ni:

“Tengok lah, 2-3 orang skandal Bella nak datang…Haha! Korang hiaslah rumah ni cantik2 yea!” Dan tanpa segan silu..aku baling kusyen tu kat dia!

And yang pasti..Abg jiran sebelah umah aku dah pelik kitorang kecoh2 depan umah tengah2 malam macam tu! Bertambah pelik klo dia tengok papa gaduh-gaduh manja dgn Amin & Adik cara-cara nak pasang lampu liplap dengan penuh gaya! Mama dah give up. Aku, Bella & Aty…taknak masuk campur! Nnt ada yang kne lilit dengan lampu liplap sambil nyanyi lagu Suasana Hari Raya~Anuar Zain & Elina! (Aku benci tul lagu lampu liplap tu…ada ke lagu Merry Christmas?? Better silent off la!)

CHOP! CHOP!

Mohd Zaim Musa Bin Zaini - dah leh jalan + lari2 and gaduh2 dengan John! Oooo..klo dulu aku la kne dukung dia bawak ke sana sini..sekarang aku lak kne kejar dia ke sana sini! Hahaha!

Dulu...(2 bulan)

Dulu...(2 bulan)

Sekarang..setahun lebih!

Sekarang..setahun lebih!

Degedek!!

Degedek!!

And siapa pulak John..? Haha… This is John!

John - kera peliharaan Bode! Kuikuikui!

John - kera peliharaan Bode! Kuikuikui!

Whatever pun…Degedek (his nickname) akan kalah bila bertemu dengan Abdul Rahman or Man, his cousin yang tua 3 bulan dari dia! Hahaha! Teringat scene Man tepuk kepala dia time ‘buka puasa’ last week! Cian sangat!

Abdul Rahman @ Man....yang sangat brutal bila jmpe Degedek! Hahaha!

Abdul Rahman @ Man....yang sangat brutal bila jmpe Degedek! Hahaha!

And he will be so ngada-ngada, manja sangat2 when he saw me! Hahaha!

16 September 2008

No point hiding!

Aluuuss… heh! Nyorok ekkk..?

No point la babe!

Langit di atas kepala, tanah yang kau jejak..cahaya matahari yang menyinari & bulan yang dipagari bintang….kita berada di bawah langit yang sama, bertapak di tanah yang sama..matahari dan bulan yang menemani kita pun sama. Dunia ni..sememangnya terlalu luas untuk dijangkau dengan sepasang tangan..tapi itu bukan bermakna kita takkan bertembung suatu hari nanti.

Hope you’ll ready by the time we’ll meet! Erm..I’ll be such a big liar if I said I don’t care what-so-ever reason yang buat kau lari menghilang macam ni..(nak tahu ape Mama cakap? Err..neyyh..You don’t wanna know! ) …but I take it as…like one of 7 wonders in the world! Opps..! You’ll be the 8th! 8?? There..my favourite number…remember? I bet you still remember…unless you’ve …..! Erm…since Jan 2008. Last we went to One Utama rite? 24th Disember 2007. Buy me a blazer? A game of Archery..? Again..remember? Huh..I don’t think so!

I’ll promise..we’ll meet again, someday later! At that time, I won’t ask you anything..I promise. Even about the tree-house u’ve promise to build for me! Instead..I’ll smile! Or maybe with a simple ‘HI’ or ‘Hello..’ Like nothing happen before, eventhough once upon the time..you are my ‘best friend’ ever!

Thanks..~!

p/s: Still hiding / invisible?…Go on..as long as you wish!

Selamat hari raya.Maaf Zahir Batin.

13 September 2008

Buka puasa @ Trolak




Sekali lagi, BSM wat makan-makan kat luar. Kali ni majlis (erm..majlis ke..?) berbuka puasa di Trolak Resort. Ini la kali pertama kami tak rancang ape2 plan, tapi menjadi terus!Rabu pagi tu, Weena call resort tu, terus war2kan kat kawan2 lain, kutip duit time2 tu gak then terus book! Klo plan…erm..alamat jadi mimpi la..

So..about 7 buah kereta konvoi dari BC dari kul 6.15pm. Yang bujang2 tu, car pool la kan…yang mana beranak pinak tu, datang la dgn husband and hero-heroin. Err..yang married women bring along their husband..tapi yang married men ni..datang solo macam bujang jugak la! Aduh…! Hahaha…!

Aku drive and Weena, Zida n Ina Ooi lah jadi peneman. Kecut perut dorang bila satu scene aku ter-hot dengan treler yang nak menyempit gak lalu kat jalan sesak tu… So, kiri aku treller yang degil..kanan depan kereta yang sangat laju. Ape aku wat… aku pun tak ingat! Tau2 dah depan treler tu, kereta dari depan tu pun aku lepas..dan Ina Ooi jerit kat telinga aku..

“ Oii Zura, kami ni tak kawen lagi. At least Weena dah merasa bertunang!” Sorry girls…. Alhamdulillah..umur kita panjang lagi!

Sampai sana dalam kul 7.00pm!

Biasa la… Main Agenda – MAKAN! Second – Tambah makanan! Third – tambah lagi dan lagi dan lagi! Lastly, baru berenti makan + bergambar! Sorry la klo ada yang teringin nak candid mine but I can’t stand looking someone holding camera! I’ll smile! And pose! Hahaha!

Sampaikan dah abis pose, gaya intai2 sayang di tengah pohon keladi jadi last pose. Tu belum lagi gaya ngeliat ngantuk di sisi kalimantang! Haha!!

Ada xvtv who’s gonna be the next mummy… Scene naga berasap (aku benci tul panorama asap kepul2 ni!!) And tak lupa babak muka selamba tapau lauk resort tu masuk Tupperware dari umah! Aduh..ini pun ada ke?!

Abis sume xtvt kul 8.30pm!











Okey….that’s all….