22 January 2012

sekali air bah, sekali pantai berubah.

Huhu....satu panggilan telefon yang aku dapat minggu lepas masih buat aku tersenyum. Seorang teman baik dari bangku sekolah tetiba call, sangat kelam kabut. Mulanya ingatkan si isteri dah nak melahirkan..terfikir jugak apesal call aku? Aku bukan bidan. Huh.. Rupanya ada gosip nak disampaikan.

Well, it's not gossip actually. More to ketidakpuasanhatinya kepada sesorang. Sesorang yang pernah bergelar teman baik, tidur sebantal, berbasikal bersama, makan sepinggan, ponteng sekolah memanjat pagar sekolah secara jemaah..dan juga seseorang yang sangat aku kenali dan rapat.

Manusia sememangnya makhluk yang sangat kompleks. Seseorang yang paling rapat dengan kita suatu masa dulu mungkin akan menjadi seseorang yang paling asing dalam hidup kita. Andaian suatu hubungan persahabatan itu akan kekal ke akhir hayat pastinya perlu dikenang semula. Tiada apa yang kekal, jika boleh memori itu dipadamkan, pasti sudah lama dipadamkan dari ingatan.

Rumusan aku untuk menyejukkan hati seorang teman yang terluka hatinya "sabarlah, mungkin dahulu kita pernah buat sesuatu yang buatkan dia 'buang' kita dari setiap sudut kehidupannya," chewah, ayat!

"Ok, itu mungkin aku. Aku mungkin ada tersalah cakap or salah laku buat dia marah kat aku. Tapi, kau? Apa pulak salah kau kat dia sampai dia buat kau macam ni?"

Biarlah. Suatu hari nanti, semua rahsia ini akan terbongkar. Mungkin kita akan diberitahu apa sebenarnya yang terjadi lebih kurang pada 2007 yang buatkan kau, aku..kita semua dibuang dari hidup si dia. Sabarlah. Kita dah bersabar hampir 5 tahun sejak itu, so...teruskan bersabar.

Dan..tak mungkin luka hati kau...lebih dari terlukanya hati aku.

Terima kasih, kerana sepanjang 5 tahun ini...pada sepanjang masa yang memeritkan itu, kamu-kamu semua setia menyokong aku, memberikan semangat dan menceriakan hidup aku.

Kamu semua lebih berharga dari dia yang...kompleks itu.


1 comment:

  1. oit budak kecik..jangankan 5 tahun..50 tahun akan datang pun, aku mmg akan tetap bersabar! 5 tahun,zura...aku harap luka ko dah sembuh ok, budak kecik!
    dia memang kompleks, sbb dia suka pegi kompleks PKNS. hahahahahahah!!!! bukan dengan kau ke? hahaha! jgn mare..nnt kne jual. wawawawawa!

    ReplyDelete