31 January 2012

Statistik blog anda

Kesihatan kembali tidak mengizinkan untuk bersuka ria bersama SINGER. Semenjak dua menjak tiga dan empat menjak...asyik demam. Tahun 2010 sangat mengagumkan sebab tak pernah demam. History!

Seorang rakan YM di jabatan lain sibuk mengintip bila masa CikBunga akan bercuti. Tapi memandangkan hari2 YM CikBunga on, maka maknanya CikBUnga masih setia di pejabat.

Tapi, dalam keadaaan sangat tidak bermaya, blog cikbunga (BCB) tak pernah dilupakan. Ah, kesian facebook. Well, i really mean it when i said 'bye-bye fb' long ago kan? :)

Salah satu function kegemaran ialah mengintip pembaca tegar BCB. Oh, relaks. Itu biasa,kan. Ibarat kita dalam satu bilik mesyuarat, kemudian terasa seperti seseorang dok merenung kita di sudut 45 darjah arah barat daya. Bila kita toleh, dia cepat-cepat memandang ke siling seolah-olah ada siling akan runtuh. Bila kita pun turut cuak dan memandang ke atas...tak de apa-apa! Rupanya dia ketawakan kita sebab..entah apa yang kelakar. You think it's funny? Oh, so sweet.... ehhhhh....KEJAP!! Dia bukan ketawakan sebab kecomelan kita. Dia ketawa sebab pengerusi dah sebut nama kita 14 kali dalam mesyuarat, tapi kita buat dek memandang siling yang cantik itu!

Oh!...................................
Nasib baik itu hanya mimpi mainan tidur!


So, let's check it out bagaimana penerimaan blog kita...dan blog anda di alam siber.



Start with full overview. Boleh lihat post apa yang menjadi tarikan. Boleh lihat dari mana mereka ni datang. Berapa kali bcb diintai...

Disini kita boleh melihat posts mana yang diintip dan ditatap. Kadang-kala, bila post 5 tahun lepas naik ke carta, kita pun jadi suspicious. Apa yang aku merepek 5 tahun (contoh) lepas yang telah diungkit kembali ni?

Dari mana agaknya mereka datang? Well, some of them 'berasal' dari pembaca blog orang lain yang kemudiannya tertarik dengan salah satu link di sana..dan akhirnya terjumpa blog anda. Dengan kata lain, blog anda bukanlah popular sangat, blog2 mereka di link di atas lagi popular, tahu? Hahaha...

Ini pula statistik yang menunjukkan 'keyword' yang membawa pembaca ke blog ini. Lega, tiada perkataan yang kurang menyenangkan dikaitkan dengan BCB. Bayangkan carian En.Google adalah 'teppayaki'...hah! pasti ada sesuatu tentang 'teppayaki' yang ada post membuatkan si pencari resepi teppayaki disarankan ke blog anda.

Eh, maksud saya carian 'teppayaki' bukanlah sesuatu yang kurang menyenangkan. Itu cuma contoh sahaja. Tak mahu la tulis perkataan yang kurang menyenangkan disini, kan?

Bila melihat carta ini ada carian 'surat tak datang sekolah untuk cikgu'..HOH! Adakah seorang pelajar tingkatan 3 yang sedang demam dan mencari-cari contoh template surat tunjuk sebab tak pergi sekolah kepada gurunya dan kemudiannya dibawa ke post merepek aku tentang surat tak rasmi kepada kengkawanku?? Maafkan saya! Serius, saya rasa bersalah. Jangan tiru. Jangan tiru..

Paling mengharukan bila carian 'chimichiky.blogspot.com' Wah..sangat panjang carian itu. Ejaan yang sangat tepat. Bukan 'chimichiki'. Actually, carian di En.Google 'chimichiky' pun sudah memadai. Try 'azura said'? hahaha! Mungkin lebih mudah.

Favourite tab. Here i can see who are my dearest audience. Mostly from Malaysia. Some of them might be my friends that have immigrate to US. Pageviews by Operating Systems - it hint me something, actually. I knew who had viewed me by Android. I knew who had viewed my BCB by iPhone. Sometimes Blackberry. But, mostly by Windows. :).


So, why don't you..NOW, look at your blog's Stats? It's must be fun.. Oh, satu lagi tips. Jangan lupa tick 'Don't track my own pageviews'. Tak aci, ok sayang!-Don't track my pageviews-

Oh ye, tahu tak Blogger ada interface baru? Interface yang BCB guna masih interface lama. Dah bertahun pakai interface ini, takut pulak canggung (canggung, huh) menggunakan yang baru. Perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan interface baru yang cute berwarna oren itu. Nantilah, CB sihat dari demam, CB cuba apply interface baru. Kita lihat apa perbezaannya dengan interface lama, hoccay?

Nite :)

30 January 2012

Family Day (Part I)

Rentetan daripada post ini ... maka inilah 'majlisnya'.

It's HARI KELUARGA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA!!

Kami hanya ber'family day di padang UPSI. Betul-betul di depan Bangunan Canselori demi untuk mengekalkan identiti 'BSM' itu. Ingat BSM, ingat Canselori. So sweet.

Banner yang sangat handmade. Designed by Abul, made up into reality by group pari-pari BSM. Gambar di atas hanya hiasan semata-mata. Hadiah untuk para pemenang. Model tidak disertakan sekali! Ahh..nakal kamu ya!

First event 'Ala Tomei-Tomei'. Penyertaan dibuka hanya untuk mereka yang berumur 3 tahun ke bawah. Aduh. Satu kenyataan yang mengguris hati semasa membaca syarat-syarat penyertaan. Oh, Adam! Kenapa anak mummy takde mood masa juri sedang mengambil markah 'anak siapa paling gedik'. Oh, tidak! Adam sedang mengalami morning blues!

Pandangan merenung masa depan. Atau merenung ke arah kamera di depan. Adam masih tidak mahu berenggang. Mummy hanya tumpang posing. "Costume Shah Rukh Khan ini panas, tahu tak?"

Jatuh bergaya ditolak rakus semasa musical chair. Ces! Nasib baik dah tanamkan azam dalam hati 'walau apa pun terjadi...senyum mesti sentiasa menawan. Paparazzi di mana-mana," Lihat! Bayangkan sambil jatuh tergolek ni, buat muka berkerut seribu ter-adoi-adoi macam mak nenek. No..no..no... masuk warta kampus ni!

Ehem, bos. Seronok nampak....bersiar-siar di petang hari ye?
One more round..?

Oho...kamu terlompat-lompat, kemudian kamu demam di pagi Isnin ye.

Picture lain..tunggu ya. :)

Rasakan kamu...!

Tak perlu diwar-warkan lagi tajuk lagu ini. Anak jiran sebelah rumah yang berumur 4 tahun itu pun tahu bagaimana nak menyanyikan lagu ini... Apatah lagi dia nyanyi lagu ini tarik part Ning, bukan lagi Seribu Sesalan, tapi dah jadi LapanRibu Sesalan...serious!

Lihat kehebatan paduan suara mereka malam tadi di AJL 26? 2nd place, not bad! Applause!!
Lagu ini jadi tema anda pada saat ini? Oh, really?
Menjadikan tajuk lagu sebagai status di YM? Hurmm..
Upload video ini ke Facebook? About hundreds done that.
Kepada mereka yang menjadikan setiap lirik ini sebagai "Theme of the Day"...mari saya tambah sedikit lagi luka di hati.
Sebab lirik di bawah belum cukup mengguris hati lagi -


"Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu.."

How about some add-on.. Macam side dishes kat Md Donald.

  • Apa lagi yang belum aku lakukan untuk kamu?
  • Kenapa aku yang kelihatan bersalah kalau engkau yang pergi..menjauhi aku?
  • Bagaimana lagi untuk aku katakan "...hanya kamu?"
  • Kau persoalkan hati aku, pernah aku persoalkan kesetiaan kamu?
  • Kau ambil seluruh duniaku, kau tawan seluruh hidup aku...sebagai balasan? Kau biarkan aku keseorangan di sini..
  • Lapanribu kali saya kata saya sayang kamu pun, kamu masih tak percaya lagi???
  • ...apa lagi alasan kamu?
Hah! Apa kata masukkan juga persoalan itu dalam lirik-lirik lagu ini...pasti lagi meremang bila 3 suara ini mengalunkannya kan?
Nah, rasakan. Seronok kan...menambah luka di hati yang masih pedih terluka. Apa rasanya? Macam Double Cheese Burger, kan?
"Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu"
Seronok sangat, kan?

28 January 2012

Midnite post sebab...


...tak boleh tidur. Nak mumbling sorang-sorang, nanti dikatakan tekanan perasaan pulak. Nak buat post berat sangat, lagi tertekan kan.

Entah macam mana, lagu ni tiba-tiba dinyanyikan secara tak sengaja dan sendiri terkejut. Haha, masih hafal liriknya.

Oh. Mari dikongsikan. Jangan banyak membebel. :)





*T2 stand for Tika & Tiwi.
Terimbas pula kenangan lama.
Z2, which is Zura (Ayu) & Zuna..and Zida...and ZiYan..and ZiLah..and.... -
Hoh. Bukan 2 rupanya.


Berdebar menunggu hari esok. Haish, patut ke aku rasa berdebar? Mana tahu, dinobatkan Queen of The Day. Hihihi..gatal!

Bila mengenangkan event esok hari, hurm...'perlu tidur..p
erlu tidur. Perlu kelihatan segar, energetic, cantik dan kelihatan hijau striking untuk pagi esok..eh bukan esok but another 5 to 6 hours from now.." Perlu berada di lokasi kejadian jam 7 pagi.

Hoh! Atau aku mengantuk dek kerana nyanyianku sendiri!??

p/s : MUSTAHIL saya insomnia. I'm sleeping beauty..eh, sleeping lover. I mean, I love to sleep....

27 January 2012

Majlisnya esok..


Majlis apa ye..?

Kita tengok gambar persiapan dahulu.

Ceritanya. Selepas majlis, esok. 28 Januari 2012.

Hurm..ada bantal jugak?
Camping..?

Markas persiapan untuk majlis esok.
Macam nak raptai majlis Farthia pulak. :)

Sherina..pelajar pintar matapelajaran Kemahiran Hidup - Pertukangan.
Bergegar Canselori...dengan construction di Unit Latihan...

Sherina dengan muka tak puas hati?
Qamarina salah ikat ke..?

The group.
Pari - pari untuk majlis esok.

Bawang merah bagi arahan. Cepat-cepat, boss dah masuk!


So, mama..papa..
Esok anakmu ini balik agak lewat ye. :)

Dulukala...Anime pujaan hati

Dulu, masa sekolah aktif dengan Kelab Tenis. Tapi hanya aktif semata-mata kerana nak hang-out dengan kawan-kawan tersayang. Tak pernah bermimpi nak duduk sebaris dengan dua beradik Serena & Venus William, Rafel Nadal, Maria Sharapova, atau si kacak Roger Federer. Haha..Kerjaya sebagai pemain tenis tak pernah termasuk dalam wishlist yang cikgu sekolah selalu tanya. Pilihan cliche doktor dan guru pun jauh menyimpang dengan kerjaya tetap ketika ini.

Semasa di UPM, anak-anak ikan Baung telah memperkenalkan kami dengan anime Prince of Tennis. Disebabkan Syed dan Hafifi asyik memuja watak-watak ini tak kira waktu makan, study malah sedang shopping di Kedai Abg Ise semasa membelikan aku choki-choki pun, mereka masih terkumat-kamit menuturkan tentang anime ini.

Demi untuk memahami apa yang mereka katakan itu, kami di Kalui turut meminta untuk menonton anime ini.

Hasilnya - semua assignment tertangguh pada jam 11.59malam sebab dari kul 8.30 sampai tengah malam duk sibuk layan komputer cerita ni.


Of course watak pujaan hati yang berjaya mencuri perhatian adalah Ryoma si comel cool takde perasaan. Kak Zuna yang sepastinya mementingkan rupa paras akan memilih Tezuka sebagai pujaan hati berbanding Momoshiro atau Kakamura. Yan pasti tak dapat buat pilihan hati (sehingga sekarang) sebab dia suka semua watak lelaki berwajah cina, tinggi lampai, kurus kering tak kira kartun/anime atau in real life.

Lupa nama mereka? Here you are, revision.

Seriusly, semasa itu kami sangat hafal setiap nama sekolah dalam cerita ini. Semua teknik bermain tenis hanya dihujung bibir. Just say it.

Sejak itu, kami boleh berborak dengan rancak bila Syed dan Fifi membuka topik ini. Kami tidak lagi tercengang-cengang tak tahu hujung pangkal.

Oh. Terjumpa satu video berkenaan tenis tapi kali ini perhatian bukan terhadap si pemainnya- si Nadal. Tapi budak penjaga garisan. Eh, budak penangkap bola, kot?

Memang dia cekap menangkap bola.



Serius, kalaulah aku yang sedang duduk disitu, pasti fikiran dah merewang-rewang memikirkan benda lain such as "Sabtu ni nak shopping kat mana? Wayang terbaru apa ek?" Tak lenguh ke dia sentiasa dalam keadaan itu sepanjang perlawanan?

Dan dia boleh kembali statik ke keadaan asal selepas menangkap bola tenis itu! Bola tenis OK! Bayangkan kelajuannya! Bukan bola bowling yang golek-golek malas atas rumput.

23 January 2012

just, please...


Please tell me that everything is gonna be OK.
Please, mean it.


Please.

22 January 2012

sekali air bah, sekali pantai berubah.

Huhu....satu panggilan telefon yang aku dapat minggu lepas masih buat aku tersenyum. Seorang teman baik dari bangku sekolah tetiba call, sangat kelam kabut. Mulanya ingatkan si isteri dah nak melahirkan..terfikir jugak apesal call aku? Aku bukan bidan. Huh.. Rupanya ada gosip nak disampaikan.

Well, it's not gossip actually. More to ketidakpuasanhatinya kepada sesorang. Sesorang yang pernah bergelar teman baik, tidur sebantal, berbasikal bersama, makan sepinggan, ponteng sekolah memanjat pagar sekolah secara jemaah..dan juga seseorang yang sangat aku kenali dan rapat.

Manusia sememangnya makhluk yang sangat kompleks. Seseorang yang paling rapat dengan kita suatu masa dulu mungkin akan menjadi seseorang yang paling asing dalam hidup kita. Andaian suatu hubungan persahabatan itu akan kekal ke akhir hayat pastinya perlu dikenang semula. Tiada apa yang kekal, jika boleh memori itu dipadamkan, pasti sudah lama dipadamkan dari ingatan.

Rumusan aku untuk menyejukkan hati seorang teman yang terluka hatinya "sabarlah, mungkin dahulu kita pernah buat sesuatu yang buatkan dia 'buang' kita dari setiap sudut kehidupannya," chewah, ayat!

"Ok, itu mungkin aku. Aku mungkin ada tersalah cakap or salah laku buat dia marah kat aku. Tapi, kau? Apa pulak salah kau kat dia sampai dia buat kau macam ni?"

Biarlah. Suatu hari nanti, semua rahsia ini akan terbongkar. Mungkin kita akan diberitahu apa sebenarnya yang terjadi lebih kurang pada 2007 yang buatkan kau, aku..kita semua dibuang dari hidup si dia. Sabarlah. Kita dah bersabar hampir 5 tahun sejak itu, so...teruskan bersabar.

Dan..tak mungkin luka hati kau...lebih dari terlukanya hati aku.

Terima kasih, kerana sepanjang 5 tahun ini...pada sepanjang masa yang memeritkan itu, kamu-kamu semua setia menyokong aku, memberikan semangat dan menceriakan hidup aku.

Kamu semua lebih berharga dari dia yang...kompleks itu.


19 January 2012

..reason why...

God will never leave you empty. If something is taken away, He will replace it with something better. If He denies your request in a certain area, it is because He wishes to give you what is best. If He asks you to put something down, it is so you can pick up something greater.

Dalam banyak-banyak perkara yang terjadi dalam hidup kita, ada benda kita dah boleh jangka..ada benda diluar jangkaan..ada benda kita tahu akan terjadi dan kita tahu apa yang perlu dilakukan jika ianya terjadi.

Tapi, bila difikirkan pepatah 'air yang tenang jangan disangka tiada buaya', well, it's true. Siapa sangka, 'kuharap panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari'... Entah. Banyak perkara berada dalam kepala sekarang ni. Berpusing-pusing. Bercampur aduk. Namun masih waras untuk membezakan yang baik dan yang buruk. Harapnya begitulah...

Doaku- Kuatkan aku.

Hidup tanpa dugaan ibarat Induksi tanpa UAK, kan? Hahaha. No spice. So, terima dengan hati terbuka. Senyum. Teruskan.

Terima hakikat - everythings happen for a reason. Bear with it, with a smile.

Sekian, coretan sebelum melelapkan mata.

18 January 2012

Ehhh...apakah ini?

Bengkel PTM, PROSPEK & Peperiksaan Perkhidmatan.
Antara team JALUMA dan JPA.
18 hingga 20 Januari 2012.
Mines Wellness Hotel, Sri Kembangan.

Sekembali dari cuti semalam, hari ini menjalankan tugas luar kawasan (outstation) pula. Penat mental mengemas bagasi kain baju. Setiap kali outstation atau kursus luar, packing kain baju lah task paling memenatkan.

Sarapan kul 815 pagi, dalam jam 900 pagi bertolak ke Sri Kembangan. Drive sendiri. Plan : parking CikPersona di rumah Kak Ina, then naik CikVios ke hotel. So, Kak Ina jalan dulu sebab aku perlu singgah 7Eleven sebab nak beli sesuatu.

Dah banyak kali pergi rumah Kak Ina..tak pernah sesat, kali ni entah mengelamun ke apa, aku tersesat di Salak Selatan! Pusing selama 2 jam, akhirnya muncul kembali di Jalan Istana. Haishh!

Sampai ke Mines, shopping kecil-kecilan sebelum check in. Adik bellboy sangat berdedikasi menerangkan semua pasal hotel ini, namun terkedu bila kami komplen yang parking basementnya creepy. Terpaksa parking di Vallet Parking.

Sampai di bilik hotel, dia masih sibuk berceloteh. Aduh, belum pernah lagi kami menerima layanan macam ni. Belum pernah budak hotel masuk sampai ke bilik, paling-paling rajin pun sampai ke pintu bilik je. Ini siap terangkan kat mana bilik air, peti ais..bla..bla..bla..tekan 1 untuk housekeeping, tekan 8 untuk receiption...bla..bla..bla...akak berdua ni cantik la (yang ni dia kata dalam hati). :)

Bila dia keluar je lepas menerima tips, kami baru perasan. Ada sesuatu dalam bilik tu yang kami tak pernah jumpa di mana-mana bilik hotel lain sebelum ini.

Aku teka : Tempat sidai tuala or sejadah..
Kak Ina teka : Kalau ada guest yang bermalam dan bawa sekali hasil tanaman dalam pasu, bolehlah letakkan di 'benda' ni.


Ok, yang lubang tu untuk apa pulak?
Oh, mungkin kalau nak sangkut apa-apa ke? Tuala muka?

Baby chair? Tak mungkin...
Troli? Takde roda.
Tempat simpan payung? No...no way!

Kesimpulannya - kami jadikan artifak ini sebagai tempat penyangkut tuala dan sejadah.


Ok...how about tempurung kelapa ni.. ce teka..ce teka...! :p

Tada... Nak buat kat umah la....hahaha!

17 January 2012

Jusco lagi...!

17 Jan 2012. Cuti rehat.

Disebabkan plan untuk bercuti panjang pada penghujung Disember 2011 tak menjadi, keadaan memaksa untuk membatalkan rancangan untuk bercuti panjang dan terpaksa batalkan cuti yang baru je diapply..maka hari ini adalah hari pertama dalam 2012..cuti yang berlambak tu diambil. Ya, cuti tahun lepas ada 31 hari. 15 simpan utk GCR, lagi 16 dibawa ke tahun 2012. Campur pula dengan 30 hari cuti tahunan, maka saya sangat kaya dengan cuti. Walaupun, jarang sangat ambil cuti.

Ada sedikit hal peribadi di Kuala Kubu. Kemudian dari KKB ikut jalan lama pulang ke BB. Singgah makan pagi di kedai makan mak sendiri dengan free nya, dan sempat bergelak ketawa dengan keletah Adik. Betul orang cakap, beradalah dikalangan ahli keluargamu sendiri, hilang semua duka..

Mama ajak gi AEON Jusco Rawang! Bagus, alang-alang nak jumpe En Lawyer, lepas tu boleh la shopping sekejap. Ecewah, sekejap.

11 pagi sampai 3.40 petang...sekejap je la tu kan?

Amin, bodyguard kami. Merangkap penjaga masa.
Tak boleh lebih dari 15 minit dalam sesebuah kedai.

Tak shopping banyak pun. Nak cari hairdryer je. Then mama beli kipas. Sandwic toaster. Hampir-hampir mesin basuh dan peti ais. Oh, teruja tengok set comforter yang didakwa sales 70% sempena CNY tapi Bella telah membantutkan hasratku itu. Huhu..kalau ada Tyty, mesti Tyty takkan mengeluarkan kata-kata seperti "tak payah la, long..." atau "heishh, membazir"..tapi mesti Tyty akan tolong pilihkan set comforter yang cantik-cantik..hahaha! Nasib baik Tyty ada kelas.

Oh, Amin juga sebagai penasihat "jangan nak lama-lama pilih barang. Kipas je pun, bukan barang kemas!"


Ainol, si penglibur lara. Tukang tolak troli? Heheh!
Dan tukang ingatkan aku kat mana aku parking tadi?


Sesungguhnya cuba untuk mengambil gambar dalam JUSCO tersebut, tapi seringkali juga terlupa sebab sangat seronok berjalan dalam tu. Keadaan agak lengang sebab hari ini SELASA. Bukan Ahad. WAlaupun SALES 70%.

Ye kawan-kawan sekalian. Sales sedang berlangsung dengan rancaknya di sana sini.




Ok. Jom balik. :)

15 January 2012

Misteri kehilangan navigation bar.

Saya bukan pemblog tegar. Saya bukan expert dalam hal ehwal blog. Mungkin hanya kerana saya jiwa yang kreatif, suka mencuba dan tak puas hati selagi tak dapat apa yang dihajati..menjadikan saya agak sedikit memandai-mandai dalam hal ehwal blog memblog.

Semalam dapat 1 SMS dari seorang rakan blog. Dah lama tak dapat soalan-soalan berkaitan teknikal di dalam handfhone.

Oh, saya sungguh GAGAL kalau ingin menerangkan perihal teknikal melalui ayat SMS. 8 page pun mungkin tak dapat menerangkan cara-caranya.

Soalannya : "Ada satu line biru kat atas header blog tu hilang! Macam mana nak tekan button Sign In?

Line biru kat atas header? 3 saat seperti dalam dunia vakum....Oh! Dia maksudkan Navigation Bar @ NavBar.

Inilah 'line biru' yang dimaksudkan. NavBar.

Tanpa perlu aku bertanya lanjut "macam mana boleh hilang?", aku memang dah tau sangat kenapa navbar tu hilang.

Kau tukar layout ke?

Eh? Macam mana kau tau? Dia pulak tanya aku. Ewah2..sape expertise ni? Aku ke kau? Huahuahua..

Ok. Ini masalah aku pulak. Aku tahu macam mana line biru tu hilang. Aku juga tahu macam mana nak appearedkan kembali line itu. yang aku tak tahu sekarang ialah - MACAM MANA NAK TERANGKAN KAT DIA NI DALAM SMS???

Ah! Mungkin aku terlalu memandang rendah pada minah ni. Mungkin kalau aku sebut je kat mana coding tu, dia dah tau. So, aku try bagi hint ni:

Kau cari coding 'iframe' kat ruangan Edit HTML. Buangkan satu line coding bawah 'iframe' tu. Nanti line tu muncul balik.

OK. Aku pun senyum. Aku yakin dia dah faham.

Tapi... Erk? Apa kau cakap ni? Aku nk edit coding? Aku mana tau coding-coding ni!

Wah! Parah. Takkan aku nak mintak username dan password kau, tolong editkan pulak.

Okey, read this.

A) Selalunya navbar akan hilang sebab tukar layout. layout yang dimaksudkan adalah layout yang BUKAN DARI BLOGSPOT. Maybe kau dah terror cuba untuk upload template/layout/skin dari lain-lain website. Ya! Memang ada banyak.

Contoh beberapa carian dalam Yahoo!

[Buat freshie dalam Blogspot, boleh cuba-cuba tukar layout dalam template-template yang disediakan oleh Blogspot. Jangan nak ngada-ngada try test yang bukan-bukan dan hilang arah selepas itu :) ]

B) Bila kita upload template yang bukan dari template Blogspot, secara automatiknya (by default) coding navbar akan hilang/tiada. Jangan risau atau meroyan. Navbar itu boleh dikembalikan. Cheer!

Caranya -

1) DESIGN -- Edit HTML. Then korang akan jumpa bahasa makhluk asing yang hanya programmer yang faham.
2) Dalam banyak-banyak coding tu, cuba cari perkataan 'iframe'.

Weh! Jangan nak pi baca line-by-line untuk cari perkataan tu. Apa guna ilmu 'Ctrl+F' yang memudahkan carian? Kan...

3) Wajib jumpa. Happy? Good. Ada satu line command bawah line yang tertulis 'iframe'. Padam je tanpa rasa bersalah.

Jangan lupa SAVE TEMPLATE, boleh?


Ok. InsyaAllah line navbar tu akan muncul. Pi check!

Oh! Buat yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog, bosan dengan background putih blog anda, baby step yang perlu uols ambil ialah pakai dulu contoh-contoh template yang disediakan. nanti dah terror, baru boleh try elephant-step.

Senang je. As an illustration showed below.


Template Designer....

..and it should bring you to this page. Boleh cuba try test sampai korang puas hati, hoccay. Ingat, jangan lupa APPLY TO BLOG. Kalau tak..sia-sia je la.

Bye! Saya nak sambung menikmati cuti hujung minggu di rumah. :p


10 January 2012

Lagu best untuk dilayan





I like Shila Amzah. Great voice. Ok, maybe not the greatest, but she's among the best. Bagi aku yang tak mengikuti sangat perkembangan isu semasa artis2 ni, i don't really sure about her gossip's side. Owh, i really don't care about it. I'm talking about her voice.

Beside "Beribu Sesalan" this is my fav song to sing whenever I'm driving. Her remake to "Lelaki Seperti Aku - ALif Satar" that called as "Gadis Seperti Aku" also quite catchy.

Ok. That's all. Nice video clip. :)

09 January 2012

UPSI on 9012012

Kami bertiga benci terperangkap dalam jammed, jadi memandangkan kami dapat banyak info pintu sana sini tutup, sekatan jalan raya di setiap ceruk, kereta berderet dan kalau nk sampai ke pintu rumah kene bersesak juga di pekan lama, maka kami ambil keputusan mengkuarantinkan diri kami bertiga di ofis. It's me, Weena dan Tia.

Mati kutu nak buat apa.

Dah la pagi tadi nak masuk UPSI macam nak masuk dalam istana. Jammed berbatu-batu. Tak boleh keluar lunch.

Hingga post ini ditaip pun, kami mendapat banyak lagi info yang rajin meng-update keadaan lalu lintas sekitar UPSI.

Daripada 5 minutes away to home, it might end up half an hour baru dapat lepasi semua pancaroba ni.

Seluruh Malaysia dah tahu la UPSI kat mana la ni kan? But been known as that bad reputation? Nahhhhhhhhhh!

Abang FRU kat Taman U.

Jalan utama ni terus tutup! Great. Kene pusing 360' ke Pekan TM yang dilaporkan jugak mengalami kesesakan yang luar biasa. Pictures di kidnap dari simpanan Ezma Rozainee yang cantik molek macam Dynaz.


Lain-lain picture boleh terus ke link ini. Klik disini :)
Dan sini juga pun boleh.

Hurm..serius nak balik. Mata sangat pedih. Kepala berat. I need much more sleep. Ada yang tanya kenapa mata macam lebam? "owh, stay-up tengok Merlin," Tipu.

Masa entry ini sedang ditulis, dapat message lagi "Keadaan dah ok. Pintu timur dah dibuka.." Yeay..I'm off.

p/s : kene gantung 3 semester. well, see u another one and half year la, dik oi!

08 January 2012

MAAF

Morning...it's 4:04 in the morning and i can't sleep!

So, masa tengah berusaha pujuk diri untuk kembali tidur, terlintas satu topik. MAAF.

Dalam hidup ni, maaf adalah sesuatu yang sangat dekat. Dalam sehari, sedar atau tidak sedar, ungkapan maaf ni sebenarnya selalu kita ungkapkan. Ok, perkataan 'maaf' mungkin agak formal tapi ia seerti dengan 'sorry' juga. Bahasa yang berbeza, namun maknanya sama

Ingat lagi (bagi sesapa yang mengikuti) Maharaja Lawak Mega 2011. Salah seorang pesertanya agak popular dengan tagline "I'm sorry". Yeah, Amir Maharaja Lawak Mega. Maaf, sejujurnya dia ni lah peserta yang paling aku tak suka. Sangat tension bila dia ni masih tersenarai dalam next round. Papa selalu mengusik, "I'm sorry, Amir masih belum terkeluar". But, Bella sangat meminati Amir dan amat kecewa bila (entah pada minggu ke berapa), dia diumumkan keluar. Pada masa itu pula, aku pulak "I'm sorry...you are out". Oh..mungkin aku seoran
g je dalam Malaysia ni yang tak minat dia. I'm sorry pada peminat-peminat dia... :)

Hari Raya!! Of course ada sesi minta maaf di pagi hari.....! Sesi wajib seisi keluarga. Antara teman. Jiran tetangga.... ;)

Bila Mama mencuci luka Bella yang accident minggu lepas, demi untuk menahan pedih Bella mencengkam (bagai nak gila) pergelangan tangan aku. Sori Long....

Bila sedang syok-syok layan My girlfriend is Gumiho kat hall, Adik jalan tersepak aku. Eh, sori..tak perasan.

Bila Tyty tengah kalut buat assignment, aku paksa dia tengok betapa bergayanya Merlin menggayakan cara dia menggunakan magic membunuh Agravaine. Eh, sori..sori. Teruskan buat assignment, kaklong tak kaco dah. (15 minit kemudiannya, sekali lagi Tyty kena pause assignment dia sebab kne tengok betapa bergayanya Morgana pulak melayang di udara kene magic Merlin..)

Bergaya kan?

Arthur minta maaf kepada Gwen pada penghujung hubungan mereka. (This part paling touching)

And, Gwen did forgive him...

Susah ke ungkapan maaf? Tak kannnnnnn....

Kalau maaf boleh mendamaikan 2 negara yang berperang..alangkah!

Maaf..kerana post kali ini memang sengaja tajuknya MAAF.

Saya maafkan awak.

________________________________________________


06 January 2012

You are kidding me, aren't you!!??


Ho..oooooohhhh...!

Semalam aku terbaca this one...dah geleng-geleng kepala.

Pastu, terklik yang ini pulak. Menompang dagu sekejap sambil muka berkerut-kerut.

Pagi Jumaat yang indah ini, yang ini pulak??? Dan ini jugak??

Akhirnya..membawa aku ke page ini...dan banyak lagi.....!

Ohoiiii...korang takde exam ke la ni?

Batch aku yang 'hidup' di zaman AUKU pun alhamdulillah jadi manusia. Insyaallah, perbuatan kami takde la jadi cemuhan manusia lain. Paling-paling teruk pun, time-time nak exam, geng kitorang just 'menjajah' Bilik Bacaan Kolej Kelima jadikan kubu kitorang sampaikan orang lain terpaksa keluar dari bilik itu. Kami conquer 24jam non stop. Hanya yang number matrixnya start dengan huruf 'S' sahaja boleh menjejakkan kaki ke dalam bilik itu. Cuma belum sampai heret katil & almari baju je ke bilik bacaan tu.

Korang?

Serius. Memang hebat. Hebat sungguh masa depan korang.

04 January 2012

Saya tak pernah tinggalkan awak . . . .

Tajuk post kalau dibaca sangat mengada kan. Dare semacam. Tapi, shout out seperti itu bukan cara saya. Chimichiky bukan berfungsi untuk sesi luahan perasaan personal seperti itu. Chimichiky malu untuk dijadikan warkah luahan perasaan. Diari sepatutnya disimpan rapi rapi dibawah bantal. Hahaha. Dan Chimichiky bukan diari. Tak pernah jadi diari. Up sikit dari FB, bawah sikit dari Berita Harian.

Chimichiky mendengar luahan perasaan seseorang dan dengan izin, dicoretkan disini.

Saya tak pernah tinggalkan awak...

UNLESS..

Awak ignore saya.

Awak,
No matter how much someone love you, they are still human.
Human get tired, eventually.
Mesej - tapi tak balas. Sibuk, katanya.
Sibuk dengan kerja - faham. Tapi SMS bukan masa ofis hour. It's weekend, dude.
Tapi, setiap saat status FB berubah - ada pulak masa?
Upload gambar, setiap aktiviti senggang di hujung minggu - ada pulak masa?
Panjaaaaaaangg balasan untuk setiap komen rakan-rakan.
Serius, ada pulak masa?

Human get tired, eventually...
Cinta takkan pernah penat, tapi kalau diabaikan?
Maaf. Bukan penat, tapi berundur.
Jika itu yang awak mahu.
Fine.

Benda kecik, kalau kerap..itu yang akan menjadi besar, kan? Kalau benda yag kecik macam ni pun payah nak settle kan, don't you think it will be worst?

Jangan jadikan ianya ibarat kanser. Tahap keempat..it's too late unless God's will...

Dan sebab God' will itu lah...
Hanya dengan izin Allah SWT sahaja, segalanya akan menjadi baik semula.

Kalau cinta ini untuk dia...kekalkan,
Kalau hati ini untuk dia...tetapkan,
Kalau rindu ini untuk dia...sematkan,
Kalau aku ini untuk dia...abadikan.
Dan jika dia untuk aku...tunjukkan.

Chimichiky mencelah pada penghujung cerita. Bukan niat untuk mengapikan, menyokong atau membetulkan. Sebab Chimichiky bukan hakim yang dilantik untuk menjatuhkan apa juga keputusan yang wajar.

Tanya sama hati...

Seorang di utara, seorang di selatan. Seorang di bandar, seorang di pekan,
Wahai awak jawablah soalan, Adakah ini yang diinginkan?

p/s :
AA di KL Sentral, YG di Kastam, IA di PJ - jangan tanya saya, ini hati siapa. :)
Chimichiky tak pernah kongsi rahsia. (kan?)
Ngantuk, kenyang makan nasi goreng USA tadi kat CUPAK yang ramai orang! :D

UPDATED : Terima kasih..sekurang-kurangnya soalan saya ada jawapan.